Saturday 26 November 2011




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. :) lama sungguh tiada khabar berita dari blog ni. ;) senyap diam seribu bahasa.bukan kerana apa, terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk update blog ni. ;) lagipun sape je yang bace blog ni. ;) selain dr kawan2 aku.itu pun kalo baca.hehehe.

so sempena masuk tahun baru ni, aku nk ucapkan kepada korang semua pembaca2 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. dengan ini di harap kita semua berhijrah la kepada yang lebih baik dari semalam, dari tahun lepasa dan tahun2 berikutnya. mane yang keruh kita jernihkan, mane yang dah jernihkan, kekalkan kejernihanya jangan lah kita keruhkan. ;) InsyaAllah.

Di hari yang mulia ni, aku berkesempatan nak update blog bukan apa, sebab aku kerja esok pagi 27hb November 2011 pukul 3 pagi.kena ada d ofis sebab ada program. ParkCity Run. kami hanya penganjur yang menyediakan tempat sahaja.so kami kena la ada di sini memantau apa2 yang terjadi kat parkcity nanti xde la kami susah sgt.nanti tak jaga tiba2 ada aduan,..nah...sebijik. bila kita tahu apa jadi, bil aada aduan kita boleh jawab balik. so memandangkan hari ni pun aku kerja, halday n petang td lawan bola, so aku decide untuk stay office terus je la.better,xdela aku nk balik shah alam, pastu kol 2 pagi gerak balik ke ofis ni.jauh kot.kalo kereta ok gak.itu pun tak pasti aku dtg kol 3 pagi. :p so to play safe, better aku stay je kat office ni.kan?tapi tu lah, keseorangan.boring, melayan movie sorang2 di ofis.sambil menunggu jam 3 pagi.adoi yai.
tanggungjawab la katakan, ;)

so, korang apa plan tahun baru ni?apa azam?azam tahun lepas berjaya ke tak?ke gagal mcm tahun2 biasa? :p takpe, dgn adanya azam, kita akn berusaha untuk capai.sekurang-kurangnya kita ada target.xde la hidup kita ni tanpa arah.walaupun kadang2 aku suka jugak hidup tanpa arah ni.tgk je ke mana flow ni bawak aku. "let it be", follow the wind. mcm2 lah. tp susah bila ada orang bergantung pada kita.kalo mmg hidup sorang diri, xde family, xde kawan2 ok rasanya hidup tanpa arah ni.kan?

kepada kawan2 yang nk beranak terutamanya Dee, sabar ok sis?aku tau ko brapa hari je lagi.sabar k?semoga ko selamat hendaknya.tak sangka aku kawan aku ni nk beranak dah.tunggu aini je lagi.bila la ko nk kawin aini.hehehe.jgn jadi andartu sudah la ko aini.
kepada kwn yang sudah beranak, hurm..tahniah diucapkan.semoga kamu hidup bahagia bersama anak dan terus lah membuat anak lagi.hehehe.

sekarang aku rasa aku semakin merapu,apa yang aku tulis ni da takde kaitan dengan Maal Hijrah, tapi xpelah.sebab da lama sangat tak menaip kan?so apa dehal.hehe..
owh yes, lupa nk ckp..InsyaAllah, family aku dipindahkan ke Sarawak balik.end of this year.my dad naik pangkat lagi.tap itu tunggu surat kata Bonda tercintaku.mula2 dpt tau berita ni, aku gembira bercampur sedih n sebak.
gembiranya sebab ayah aku naik pangkat la.sape xgembira kan?tahniah pa. ;) u deserved it!
sedihnya..aku xde peluang nk jumpa mak ayah aku weekly lagi.or bila masa aku rindu aku tak leh jumpa dorang selalu dah. aku menangis dalam hati.mengenangkan dorang. yes, my parent dah tua.semakin tua.aku nampak muka mak n ayah aku.anytime je ALlah boleh amik nyawa dorang.what if one of em' xde bil adorang di sarawak.when i'm not with them?gosh...aku xnak tu.mak ayah.jgn tinggalkan Amy lagi.byk lagi amy nk buat untuk balas jasa mak ngn ayah. ;(
mode sedih la pulak...hurm..Ya Allah ya Tuhanku,...Kau panjangkanlah umur ibu bapaku.berikan mereka tubuh badan yang sihat.ampunilah segala dosa2 mereka ya ALlah.berilah aku pleuang untuk membalas jasa2 mereka kepadaku. amin.

kawan2...semoga kita berjumpa lagi di post berikutnya.(tah bila la tu.InsyaAllah bila panjang umur.Amin)

Assalamualaikum.

Friday 23 September 2011

takde kerja..hehe

i) PILIH BULAN KELAHIRAN ANDA :
Januari - Aku bogel dengan
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk kuat2 dekat
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi lombong dengan
September - Aku lempang dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku sepak

ii) PILIH NOMBOR HARI JADI ANDA :
1 - Penagih dadah
2 - Komputer aku
3 - Cikgu
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Nicole David
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Juliana Evans
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) PILIH WARNA BAJU YANG ANDA PAKAI SEKARANG :
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

#Kongsi jawapan anda buat ayat tau? Selamat mencuba hihi :D

Thursday 1 September 2011

Salam Aidilfitri 2011


Syawal datang lagi..bermakna Ramadhan telah berlalu pergi...
sedih rasa hati....adakah aku berkesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan lagi pada tahun hadapan? paNjangkah umurku untuk ku kecapi nikmat Ramadhan???
(sambil mendengar muzik rancangan radio Jazz di astro aku menulis blog aku)
tenang aku rasa..alunan gitar,saksofon, dan banyak lagi la...aku mmg minat lagu2 macam ni...di tgh pagi...berseorangan..mengadap lampu2 neon di luar.....
ya...mmg sepatutnya mendengar lagu raya....tapi,...hatiku ingin mendengar jazz music malam ni.....

Lama juga tidak aku coretkan kata2 yang merapu di dalam laman siber ini. Alhamdulillah, aku masih bernyawa,...di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut hari kejayaan kami semua sebagai umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri....
Berbeza dgn tahun lepas yang penuh dengan kekecewaan dan kedukaan,....tahun ini aku sudah semakin gembira....Insyaallah....aku pun sudah bekerja...
aku merasa membeli semuanya dgn keperluan ku sendiri..
aku membayar zakat fitrah sendiri...
aku memberi sedikit kepada ibu bapaku dan ahli keluargaku...walau tidak sebanyak mane...tp aku bersyukur...bersyukur ke hadrat Ilahi.....aku berkesempatan untuk berbuat demikian...
kita tidak tahu bila ajal akan tiba....sementara aku masih mampu.biarlah aku cuba untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak dan abang.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri wahai Ibu bapa ku yang tercinta, adik-adikku yang d sayangi, sahabat2 dan musuh2......di hari yang mulia ini...
Ampunkan segala dosa-dosa yang telah ku lakukan terhadap kalian selama perkenalan kita semua...
Samada dalam keadaan sedar mahupun tidak....
ku susun sepuluh jari memohon maaf..........dari hujung rambut ke hujung kaki...dari utara ke selatan...dari timur ke barat...dari bulan ke matahari......dari langit ke bumi.....
SIla ampunkan segala dosa2 ku..
Halalkan lah segala makan minumku.....
buangkanlah segala dendam didalam hatimu....
agar kita boleh bersatu.menjadi muslim yang sejati...tidak berpecah belah.... Insyaallah.....

berbeza juga dgn tahun lepas,...raya pada tahun ini di sambut bersama dgn Hari Kemerdekaan kita yg k;54!!!54 kawan2...sahabat2....tetapi..adakah kita betul2 sudah merdeka?fikir2kan...ya?
banyak perjuangan kita sudah tersasar jauh....menyimpang...kalo orang putih ckp dah tak straight dah... :p (best lak lagu ni isk...)

sekarang sudah pukul 3:32 AM...and aku masih belum tidur...
kepala da berat.mata dah mengantok.......kenapa aku masih bellum tido?
sebab xde org dodoikan...aku teringin sangat nak ada orang dodoikan aku....
siapakah yang malang tu ek? :p heheh...

ok la guys.. i really need to sleep.dah melampau sgt dah aku menguap ni...bila ad amasa lagi aku cuba untuk menaip dgn aman sambil dgr Jazz music...
Sekali lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri n Selamat Merdeka!!!!

Tuesday 23 August 2011

No words

No words just memories.. :) Past is past, life must go on.... Peace Ya'll

Thursday 28 July 2011

Main Kasar...

Assalamualaikum...lama xbercerita kan?agak bz la skang.sorry guys..

nk habaq mai ni..

semalam aku MC..demam.panas sgt kot..tiap2 hari berjemur kan?

so balik dari klinik,.aku singgah la jap bukit raja. cari makan...

nk balik tu,....aku singgah la pam minyak kat bukit raja tu..

dah la aku demam...kepal aberat.siap nk pitam bagai...

ada mamt ni laki bini la tak puas hati ngn aku...

di langgarnya aku...

Hit n Run....

dem! aku tak larat nk marah2..sebab aku tgh sakit.aku just sempat amik no plate dia je..

Proton Saga BLM putih,.no plate. WRR 6298... so,..sesiapa ada etrserempak ngn doran gni.inform la eh?aku nak ajar sikit org yg main kasar ni.da lama da ni simpan.. :) maceh semua..

assalamualaikum....

eh..apa?aku?injured?injured gak la.lutut kanan aku...sakit...berdenyut2....chika ok..gagah.tp cian la chika.. :) tak pe chika.nanti kita dapat die..kita langgar dia k? daaaaaaa

Sunday 12 June 2011

Bersama rakan, teman, sahabat selamanya.. =)

just a short one here...
after 3 months,...today is the day we met again.
hang out together...fuh!terbaek.
last keluar ramai2 is waktu mala kawen kami reramai g pahang.

but today,. kami g dekat je.
tak bermalam pun pergi hari.
kami pergi Sg. Pisang.
Sg. Pisang ok bukan Sg. Jagung.. (nan, len kali ajak puan hadibah g sg jagung k? :p)

awal aku ngn nan bgn hari ni.
kol 7 da bukak mata.golek2 kat tilam nan lepas nan kol.
sedar2 da kol 8 sbb ruwaidah msg ckp otw.
apa lagi.menggelupur la nk mandi..
kami siap je dorang smpi....
tp tunggu pengerusi kali ni.
saudara fendi.
katanya kol 9 jmpa danau kota.kol 9 die tak smpi2 lagi kat depan umah kami.
hahaha..fendi2..
gambar?
buat masa ni aku takde copy gambar2...
nanti da amik dri miza aku letak gambar2 ok?
kami mkn byk.pergi dlm 13 org kot xsilap aku la...
sorang rm12..
ada ayam,pari,lokan,kupang,kerang...tp nasik xde.adeh2.... but its ok
kami semua sgt happy hari ni..
hilang semua stress2 kerja aku....

owh yes....
kami balik lepas makan sebab hujan tetiba lebat...
risaukan air kuat dr bukit kami terus naik.
niat nak naik atas je bukan nk naek terus balik..ada lak miss communication.
group yg da pergi terus jalan ke kereta..
singgah rumah ann.
ladies tukar baju segala..
lelaki mostly tertidur kat rauang tamu.
dorang kejut tok mkn petang...
balik dari rumah ann igtkn balik shah alam terus..
rupanya g Wangsa Walk...
nk tgk wayang..semua penuh.
kami karaoke..
3 bln lebih aku tak karaoke..
best wohhhhhhhhh
then balik....
hehehe..
aku sgt suka hari ni..
lepas raya kami akn bercuti lagi.tapi tak tahu ke mana....
kawan2 ada idea?nan sarankan kat aku tadi bukit tinggi....
:) okay tak?

Thursday 2 June 2011

credit card


hurm....last week..aku dikejutkan dgn panggilan telefon daripada pihak Maybank..
di kala aku sibuk menyiapkan kerja yang amat penting...panggilan itu masuk..
mengganggu aku...pemikiran aku.....

yes...panggilan yang mempelawa aku untuk menggunakan credit card...
aku bingung..aku bingung adakah aku perlu mengambilnya ataupun tidak....aku bingung kerana ianya merupakan pelan kredit kad terbaek buat masa ini utk yg berbelanja kecil..

tapi,adakah aku akn berbelanja?
aku risau adakah aku seorang yg boros???
sepanjang aku baru bekerja...aku tak rasa aku boros...kerana setiap perbelanjaan aku d rancang...d atur dgn kemas..kerana...gaji aku akan cukup untuk ke gaji seterusnya..malah lebih alhamdulillah....

Rezeki Allah yang aku dapat....aku Bersyukur......
tapi bagaimana dgn kredit kad?
adakah aku patut mengambilnya ataupun biarkan sahaja...

*sigh~~~~~~

Sunday 29 May 2011

Konvokesyen ke 74




Assalamualaikum semua!!!! =) lama da xbaca blog sy kan?al maklum lah..busy memanjang.balik je tak larat da nk meenulis.tau2..balik mandi tidur...ready for tomorrow plak..
so entry hari ni....patutnya lama da kena tulis benda ni..dah sejuk da pun hangatnya....
yes..its about my convocation day... and maybe my last convocation....dah x larat da nk belajar....but who knows kan?nanti da tua bangka nk ada master ke kat nama tu...bukan untuk apa.kepuasan diri....mungkin...;) ALlah bukak pintu hati aku untuk belajar lagi ke...hehe

so....aku nya konvokesyen ni berlangsung pada 19 mei. sidang petang.sidang yg ke 10 rasanya...
kelam kabut gak la hari tu....
aku cuti hari tu.last month da apply cuti..so yg dtgnya pulak my mom n my dad only...hurm..tak pe la...yang bongsu ada exam so yg no 3 kena la jg rumah..takut nanti bongsu balik takde org plak kan?...

rambut aku tak panjang.tp hati au niat nk gunting.biar pendek skit....tuptap2....setel gunting kol 11:30...my dad dtg kol 10 td..kesian dorang tunggu kat kedai mkn almost 2 hours...
lepas gunting aku bailk rumah amik keta.motor park dekat sec 7 jap komersial area...sebab nk bawak jubah segala....so aku alik rumah........baju xgosok lagi..huaaaaaaaaaa....
kalo ada tukang gosok kan best..letak org gaji kat rumah ni yg hot2 ke kan..fuh!(terbayang jap...``~~~~~)
tup tap2..setel semua aku smpi kat komersial balik kol 12 lebih...pulaknya sidang petang tak leh parking dlm..kena parking kat giant..... naik bas..
naek bas tu aku tak heran...
tapi kesian kat org2 tua la..
berasak2....
tak d sediakan dgn betul...kot ye pun biar la ada line ke..ni semua berpusu2...pastu bas graduan n family sama..yg pentingnnya graduan....nk kena beratur dlm dewan lagi..dorang nk check lagi..mcm2 la......

sampi jugak aku ng family aku kat dewan baru tu..kami ni antara first batch la yg rasmikan dewan baru ni..besar...silap hari bulan bole sesat owh.........

owh yes..aku nyaris xlepas nk konvo hari tu.sebab die kata rambut aku panjang!duh~~~aku nmpk yg betul2 panjang.ok?side burn aku buang....ekor belakang takde..semua clean..aku da mcm budak sekolah yg baikje..omei je...hikhikhik...
and yes...nasib aku baik.....lepas berdolak dalih...bg hujanh2 yg betul dan bernas..aku lepas...fuh~~~nsb baek..die nk aku gunting pendek mane lagi?haish!!!mcm Naib canselor tu rambut die pendek je....hahaha...
so aku dpt lah ijazah aku....:) ALhamdulillah..syukur.....

ha..ni lah gmbr aku.....tak tau la senyum ke apa tu..tapi yg aku tau..aku mmg tgh happy time tu.hehehehe..tersengih je..tp takut kot tgk muka mamt depan aku ni...huhuhu......

so.lepas berakhir nya sesi menerima ijazah...majlis habis dalm kol 5 lebih tak silap aku....
which i don't think reasonable la...makcik pakcik semua nk balik dah....
so yg nk bergambar pun sekejap2 je lah.....mmg tka puas.x sepuas sesi pagi.....kalo la dorang ada buat lagi...biar la buat sesi pagi je...lagi elok........
mmg la lama..tp menyenangkan para ibu bapa la...
ni aku nk tak nak sewa baju ni 2-3 hari.nk amik gmbr ngn adik2 aku.family...owh yes.anak buah aku......
and you know whaT? RM 400 beb...it cost me to take studio picture....pergh......


ha..ni lah antara gmbr yg sempat2 di ambik la petang tu...
thanks to my flesh and blood brother... Muhammad Luznan.....adik2 yang laen... Ruwaidah borhan,Nadzirah Borhan, Sarah Yazmin and Ajlaa Hassan....sebab sudi mengambil gmbr sy dan keluarga...mane la gmbr family aku ni..hehehehe.....sy tak mampu nk beli camera....org laen mampu.. ;) so mtk tlg la dorang kan???gmbr akn d upload jap lagi k???msh mendownload lagi ni..fuh!!!

Flesh n Blood brother...nan, me myself, my dad n my mom.. =) i love you guys...
brothers n sisters...i love you guys as well....
bila la dpt jmpa lagikan?*sigh....
me n my family....tp mane satu camera d tgk pun tak tahu lah.hehehe....which is which? huahuahua....

with my adik yg comei sesangat....
ismahaliza hafiziah..wakakakaka.. i love u bro.....
hnya untuk yg konvo sahaja..tapi tetiba adik sy yg comei sorang ni ada..hehehe..
ruwaidah..thanks for that day.....
berdua dgn jijo yg comel.. ;) love u bro

part sedih..jijo nk balik dah... :( good luck bro in everything you do....
hehehe..me n my brother...wink2 ;)

ni dah kenapa aku ni?
emil yang cantik.....
emilicious sgt uols...huhuhu..
i love you emil....
good luck bro....

so,...setakat ni itu jelah gmbr konvo yg ada...ada lagi.tp tak byk mane pun...tp ok la kot ni..at least kamu semua tahu sy da konvo...
sape nk bg hadiah tu masih d terima lagi.
so sila2 lah ye.hehehe....

to everyone....especially my mom n dad...
thank you....thank you for coming....this is for you..for both of you.......
i know....my result is not that good.but i get the degree...
that is enough.... perhaps,.one day i'll make both of you proud.. Insyaallah....

my flesh and blood brother...Luznan...I love you bro...
walau pun kita da makin bz...jarang jumpa walau satu rumah.....
but i still love you bro....dunia akhirat...Insyaallah.....thanks for the gift as well.

my sisters.....Ruwaidah, Ajlaa, Nadzirah n sarah....
thank you..thank you so much for that day...
without your cameras...
takde la semua ni...seriously....
nanti kita g mkn2 eh?
its on me..mane tmpat?
sec 2?wakakaka... :p

my lovely brothers as well...
first and foremost... Ismail aka chak/chaq ek?thank you for everything..
without you...i dont think i cant make it here as well.. :) without your help...thak you so much..
semoga Allah dapat membalas jasa2 kamu...
Emil....yang tinggi lampai..sasa dan gagah..aw.....
thank you.....
and jijo yang comel...
thank you..thank you so much!!!!!

selamat menempuh dunia baru sahabat2 ku.....
Assalamualaikum....

Tuesday 17 May 2011

Kambing Panggang/Golek | Whole Lamb Grill

Kambing Panggang/Golek | Whole Lamb Grill
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
- Ikhlas dari HALALAMB RESOURCES -



Salam Aidilfitri buat semua pelanggan-pelanggan setia Halalamb. Sepanjang syawal ini, kami menawarkan diskaun sebanyak RM50.00 untuk bagi tempahan rumah terbuka / majlis hari raya.

Kami juga menasihatkan anda untuk membuat semakan tarikh di blog kami dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pertindihan tempahan.

Tarikh-tarikh yang telah ditempah (akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa):

09/11/2001 - Penuh
10/11/2001 - Penuh
11/11/2001 - Penuh
15/11/2011 - Penuh
16/11/2011 - Penuh
17/11/2011 - Penuh

** Bagi tempahan yang masih belum dijelaskan pembayaran deposit sebanyak 50% selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan dalam invois, tarikh tempahan anda akan dibatalkan dan dibuka kepada umum. Justeru, bagi mengelakkan pembatalan tarikh tempahan, anda adalah dinasihatkan untuk menjelaskan deposit tepat pada masanya. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami sepertimana yang anda harapkan. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan.

Untuk tempahan sila hubungi :

WAN 019-3388332 / SHAM 013-3449646
E-mail : halalamb@gmail.com


Nota Penting : Kami ingin memberitahu bahawa pihak Halalamb tidak pernah melantik ejen-ejen atau wakil-wakil syarikat lain bagi urusan tempahan. Jika anda mengesyaki sesuatu, sila hubungi pihak kami untuk mendapat kepastian. Halalamb hanya beroperasi sendiri dan pasti satu-satunya yang original.



________________________________________________________________________


SELAMAT DATANG KE HALALAMB
Kambing Golek Yang Pasti Memikat Selera

Majlis kenduri dan keraian anda akan lebih istimewa dengan adanya kambing golek! Kami menyediakan perkhidmatan katering khusus bagi hidangan kambing panggang/golek untuk majlis kenduri dan keraian anda. Resipi kambing golek tradisional mahupun panggang ala barat, semuanya sedap dan mampu menambat hati tetamu yang hadir. Rumah terbuka, parti harijadi, majlis makan malam, majlis perasmian, majlis korporat, kenduri kendara semuanya akan lebih diingati dengan adanya hidangan istimewa ini.


Hidangan kambing panggang/golek kami hanya menggunakan kambing dan ramuan-ramuan yang halal dan bermutu tinggi. Resipi perapan kami adalah turun temurun semenjak tahun 1983 dan dikawal dari segi kualitinya. Harga yang berpatutan dan berpadanan dengan ketelitian dan kesungguhan yang dicurahkan dalam penyediaan hidangan ini.

Proses penyediaan kambing golek ini mengambil masa selama 48 jam sebelum tarikh majlis. Kambing akan diperap selama 48 jam bagi memastikan perisa ramuan perapan menyerap ke dalam seluruh bahagian kambing tersebut di samping melembutkannya. Di premis majlis pula, kami akan menyalai kambing tersebut terlebih dahulu dengan kayu hickory. Kayu hickory adalah merupakan sejenis bahan membakar bermutu yang biasa digunakan untuk barbeku dan digemari kerana aromanya yang tersendiri. Lazimnya, kayu hickory digunakan dalam masakan-masakan ala barat dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka. Selesai proses menyalai, kambing seterusnya akan dipanggang sehingga sempurna. Proses yang rumit dan teliti ini menjanjikan hidangan kambing golek yang istimewa dan enak justeru menjadikan kambing HALALAMB berbaloi untuk dicuba!

Tiada istilah persaingan antara kami dengan yang lain-lain kerana kami mempertaruhkan keistimewaan resipi yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Kami tidak mengkompromikan kualiti demi kuantiti. Jaminan kualiti, halal dan tanpa was-was, semestinya daripada HALALAMB!

Mutu perkhidmatan yang diberikan juga adalah bertaraf hotel 5 bintang! Pengendali-pengendali yang ditugaskan adalah terlatih dan profesional. Tidak kira apa jua saiz majlis anda, pengendali-pengendali yang ditugaskan akan hadir dengan semangat yang tinggi dan lengkap beruniform bagi memberikan majlis anda sentuhan profesionalisme yang anda sememangnya berhak terima. Hanya yang terbaik dan bermutu daripada HALALAMB!

TEMPAHLAH SEKARANG!

Pakej Kambing Panggang/Golek (Lamb New Zealand)
cuma RM1,350.00nett
RM1,300.00nett


Pakej Kambing Panggang/Golek (Lamb Australia)
cuma RM1,250.00nett
RM1,200.00nett

Pakej Aqiqah (Kambing Biri-Biri)
cuma RM1,750.00nett
RM1,700.00nett

* Tiada cas penghantaran (bagi kawasan lembah klang)

Pakej adalah termasuk dengan Sos Mint, Sos Lada Hitam dan Coleslaw


Untuk tempahan sila hubungi :

WAN 019-3388332 / SHAM 013-3449646
E-mail : halalamb@gmail.com
Pejabat Urusan : 8669 Jalan Nakhoda Dalam, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Thursday 12 May 2011

My First Salary

Syukur Ke hadrat Allah,...
aku masih mampu hidup hingga ke hari ini....
bila aku duk sorang2 dlm bilik ni..(mmg sorang pun.pernah ke berdua?)
kau fikir,..aku renung2kan kisah hidup aku.perjalanan...ceritera hidup aku...
banyak halangan nya..banyak susahnya dari senang....
banyak pahitnya dari manis..
banyak sedihnya dari bahagia...
tapi...aku tetap bersyukur...
sebab,.itu yang ALlah berikan pada aku......
untuk menguji aku..sebagai hambaNya...
aku akui..
aku pernah rasa nk mati je..daripada aku hidup dlm dunia ni..baek aku mati..aku bawak motor mcm org gila..biar aku kena langgar ke.....xde..xde satu keta pun.aku siap xbrek apa..bawak laju2...but still,...Allah dah nyatakan....perjalanan hidup aku masih jauh..
aku gagal sekali..tak bermakna dua kali tiga kali..
:)

so,,....aku tau agak lambat untuk tulis mengenai benda ni...
My first salary...
aku sgt gembira!!!!!!!!!!!sangat2 gembira!!!!!!!!!!!
pagi2 lagi 28hb april hari tu aku g bank check..
huhuhu....
inilah gaji pertama aku....sebagai pekerja...(aku ernah keja sebelum ni..tp bg aku ni tetap the first salary la...lepas ni x study lagi da.Insyaallah...)
seronok...nk melompat2 je rasa...
otak ligat memikirkan apa yg patut d buat..berapa bajet perbelanjaan diri,...belanja ahli keluarga.org tersayang..sahabat2 baek aku...semua ligat lm kepala otak aku..

aku beli racket badminton, sebb maen badminton every week skang. nk jadi lee chong wei..harapan la ko... :p aku beli baju hujan!benda yg pertama aku nk beli.sebab sebulan aku pergi kerja,..almost ten times aku lencun kena hujan!owh yes!aku beli helmet full face!dekat cash converter.so.lepas ni bila hujan..takde la sakit muka kena tembak air.hehehe....
aku repair chika..dlm RM500!umangai..byr bil2..itu yg paling sakit.. byk sgt...
betol la org ckp..bila kita gaji sikit......kita ttp akn complaint.cukup la apa la..tp bila kita dapt gaji besar pun sama gak.ebab kitatak reti nk bersyukur..kononnya,..bila gaji da besar perbelanjaan pun da besar...
salah tu....biar la sama..at least dpt saving.. :)

aku berjaya belanja family aku hari tu..
my mom's birthday.
on the 8th May. seronok aku.my dad tak perlu keluarkan duit da.die bole fokus kat dua org anak die je lagi.aku ngn no 2 da kerja.so die tak perlu nk bg duit lagi da.sebaliknya.aku kena bg dorang skang ni.. tp not at the moment dad....sebab baru start kerja ni.....so byk benda nk kena setel down dulu.brg keperluan semua kena ada.then br bole..........

owh yes..kawan2 ak utak sempat nk belanja lagi...sebab bajet da byk habis buat benda2 tu la..aku plan nk buat next month..Insyaallah bole....kot. :p boot bola lagi, kasut badminton lagi.hahaha<<

now da masuk minggu ke dua
dgn perbelanjaan bijak aku..ALhamdulillah,..cukup untuk smpi gaji berikutnya....
xde la sesak hujung2 bulan...x makan segala....

yes,..aku lmbt kerja.org start keja at the age of 2 or 23 or 2.aku at the age of 28.br nk mulakan kerjaya?tapi,..aku mulakan dgn cemerlang..
rezeki org kan?sape yg tahu...
bak kata adik aku sorang ni..
Ismahaliza Hafiziah ni...
"hidup tu sekarang takde la kaya...tapi senang la.."
well,..itu yg aku rasa sekarang.dan aku sgt2 bersyukur ats rezeki yG Kau berikan Ya Allah...

well,..tu je untk hari ni kot.. da lama sgt tak menulis ni..tepu otak aku.hehehe...adios amigos...
Assalamualaikum!

Monday 4 April 2011

monoloQue & atilia- Kekanda Adinda (video rasmi,versi 8 bulan)



hehehe..with love to you.. ;) i like this song....mula2 dgr da suka.. ;) omei angat......

Friday 18 March 2011

Syukur Alhamdulillah... =)


Syukur ALhamdulillah...
sujud ku padaMU....
mengalir air mataku...
sebak jiwa ragaku......
gembira tidak terkata..
atas rezeki yang Kau berikan padaku Ya Allah.....

SYukur Alhamdulillah....
aku sudah pun mendapat kerja..
yang aku impi2kan....
biarlah...buat masa ni aku masih lagi tanamkan impian ku untuk bekerja d luar negara...
tp dgn rezeki yg Kau berikan padaku sekarang Ya Allah...sangat2lah aku bersyukur..
akan ku cuba pegang amanah ini sebaik2nya....
sejujur2nya....
bimbinglah aku Ya Allah...
jgn Kau pesongkan akidah ku....
tetapkan iman d dadaku...

Sekali lagi aku sujud kepadaMu Ya Allah..tanda syukur ku padaMU...

Thursday 10 March 2011

KERJA!!!!!!!!!!!!!


hurm...now da berapa lama da..2 bulan da...da masuk bulan ke-3 da ni..
aku still takde kerja lagi..shoot!tp aku sibuk nk duk shah alam..
tak nak balik kajang...
giler?bukan xnak balik...aku malas nak mengadap laknatullah kat rumah tu...
biar la die bahagia kat rumah tu dgn family yg sayang die...(ko tu sayang ke family ko???)
argh!!
aku nk ckp pasal aku ni.
huhuhuh..
lamanya menganggur..aku nk makan susah.nk keluar jalan2 ngn kawan susah....
duit2 xde..
hadoiiii....
agenda dui tni pulak si yahudi2 yg buat la..tanpa duit tak boleh buat apa2....
urgh!

aku rasa,.email aku hantar resume almost 50....
hari ni check email/...sbb br ada internet kat rumah...
ada 3 je ablas email a ku..
satu contractor tnya expected salary..
lagi 2 sorry sebb xde kekosongan... =(

Ya Allah,.
aku percaya,....rezeki d muka bumi ciptaan Mu ni banyak.....
aku akan cuba mencari dan terus mencari......
Murahkanlah rezeki untuk ku,keluarga ku....
sahabat2ku....dan seluruh umat Islam d dunia ini ya Allah...
Insyaallah.....

Friday 25 February 2011

Anugerah Seri Angkasa 2010



Pada tanggal 18 -19 Februari 2011..bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur...telah di adakan satu anugerah yang berprestij di dalam industri seni tanah air kita..
iaitu Anugerah Seri Angkasa yang telah senyap selama 5 tahun lamanya..muncul kembali...

Syukur ALhamdulillah...sy berkesempatan untuk pergi ke anugerah ini...atas pelawaan Pakcik saya yang merupakan salah seorang daripada finalis dj lelaki radio terbaik....
nak tgk gmbr?jap eh???

ini lah gmbr pakcik aku yg d calonkan tu..namanya Amran Tut..merupakan Dj radio d RTM sarawak.. gmbr ni di ambil selepas post party...tu yg agak selekeh tu.hehehe......

antara yg menarik perhatian aku ialah artis2 ni...mereka ni macam orang biasa je sebenarnya...
buat lawak bodoh pun mcm kita2 ni gak borak.nothing special sgt pn...
dlm dewan show..aku duk sebelah bell..kenal tak bell?bell ngasri?tak pe2 aku tunjuk gmbr jap lagi...
ni lah pelakon duk sebelah saya...mmg lawak...
:) but humble la..takde la berlagak die ni..
yang best nya and segan nya saya..dudk row ke tiga...giler tak giler la...sapa la saya ni..rasa mcm malu je...
muka masuk tv mcm byk kali je... huhuhu..rmabut dah la tukang buatnya tak best.. :) baru berangan nk jadi korean tegar mlm tu..ni jadi lain plak....hahaha..tak pe2..jp lagi tunjuk gmbr2 yg laen okay???
too bad for my uncle..die kalah...but its ok..tersenarai pun dah kr\ira terbaek dah tu kan?nect year plak try dptkan pengacara tv terbaek kan? mane tau say ni jadi pelakon ke kan?dpt la pencalonan lelaki terbaek ...
okay2 this is the rest of the picture okay?
ni la artis perempuan yg aku mmg nk amik gmbr malam tu...ikutkan ramai lagi yg hot2..tp aznah ni jugak aku amik...sebab apa?sebab muka die mcm muka mak aku..selalu tgk bila berlakon dlm tv..mesti jerit2.."eh..mak berlakon la.."
she's very funny...tak sombong..plus eprangai mcm boyish la...die mengaku die rimas pakai2 mcm perempuan2 ladies2 ni..tu jari siap patah lagi...nampak kan????
kenapa tak amik gmbr dgn yg hot2???
hurm..ntah la...kalau ulu ye la kot..mmg penuh da hp aku ni gmbr bdua bkepit2 ngn artis2 ni..gile ko tak nak??tapi..aku rasa aku da berubah...ke arah kebaikan...
kawan baek aku dulu selalu ckp...jaga diri...jag aakhlak..biar nampak diri tu lelaki berakhlak...jgn jadi lelaki murahan... :) so,...aku rasa aku da nampak maksud kata2 tu..dulu aku selalu lawan balik ckp kawan aku ni..
ala..bukan apa pun..gmbr je...but now..aku sendiri yg tak nak amik gmbr bdua..kecuali yg ni...ada pengecualian..nk tunjuk kat mak aku..hehehe....
ni plak..gmbar aku dgn hazami..sngt kecil orangnya...but still very humble..amik gmbr dgn die pun bukan apa...
amran pakcik aku ni...die nk d kenalkan oleh kak muzie kepada si hazami ni..(faham x aku ckp apa?mcm berbelit2 je..)so aku ikut la sekali....sebab die dj kan..artis mesti kena kenal dgn dj..br lagu boleh d pasang... :) alang2..amik je la gmbr ngn artis ni...
ni bila da habis post party...dah pukul beraa time tu ek?almost 12 kot...ni baru la aku ada gmbr aku sorang2 tnpa ada gangguan...:) rambut tu.hadoiiiii...tak suka!!!!!!!!!wuwuwuw..
ni sebelah laen plak..hahahaha.. :p sebelah mane yg nampak hot???lalalala.. dua2 tak hot pun.......i know. i know.. :p
and yes..ni gmbr bersama shazroul...
1 of the top 20 waktu AF 4 ...tp tak dpt masuk top 12..but suara die sedap....
and genre music yg die bawak is,....JAZZ.!!!i like!!!hot tak die???hahha...
gmbr ni kira sgt rare la...
walaupun die ni kira belum popular sgt..but i believe..one day die akan boom!!!!!
meletopsssssssssss..
so die kata jarang keluar rumah...bila ada peluang amik gmbr tu..amik la...hahaha...igt senang nk amik gmbr ngn die ni?susah beb!!!!

after all this..kami d ajak oleh kak muzie late supper dekat concorde kl...
pergi la...bukan apa..esok amran nk balik kuching dah...kak muzie ajak amran lepak sekali since the day die dtg lagi..tak lepak2...
so aku takde hal. :) nk gak tgk dunia artis ni mcm mane kan???
maklum la..kita ni golongan2 manusia biasa je... :)
kat concorde aku terserempak dgn misha omar...cantik.. :)
hurm.owh pemenang dj wanita radio terbaek..
radio suria lin...
very humble person..
siap die igt aku yg dj radio tu..ahahha..
gilo apo?
aku ni ada rupa artis ke?hehehehe...
kami duk kat situ smpi subuh!!!!pukul 6 pagi baru balik!!!!!!!!!
nk balik tu...afdlin shauki baru nk minum?pergh...
alalu jadi artis mcm ni..mau mati aku..
hahaha..so,..jgn la jadi artis..
owh yes2..kat dlm dewan tu kan,..aku nampak lisa surihani live!!fuiyooooooo.......amran amik gmbr dgn die..aku?nah.. :) ku hnya memuji..... dari jauh..owh yes!scha aliya!tinggi dol..plus die cantik rupanya.. hur.owh yes yes!!anak buah aku bila da besar mesti mcm die..liyana jasmay!sangat la tinggi budak nya..keding mcm apa tah..hahahah...
so..ok lah eh?nanti aku update lagi ok?
aku update pasal paksu n family dtg... :) okay?daaaaaaaa
assalamualaikum..
i love you shooting star!
mmmmmmmwah!891009x!

Monday 31 January 2011

36 jam ku

huhuhu..inilah kisah 36 jam ku..
pergh..
dasat...36jam yang mcm2 la.. ;) but all in all..
aku bahagia dgn 36 jam ni..
hopefully..
akan jadi la selama2nya mcm ni.bukan 36 jam..forever hours la.. ;)
sabtu pagi....
around what?9?keluar ...
pergi section 2..
breakfast...with??hehehe..
somebody who is so special in my life...
Shooting Star!!!
im a bit late...ye la..bgn lambat..semalam nya penat..balik dari kajang..main futsal...kepala sakit...
so...mmg sakit2 badan lagi la..
smpi la 9 lebih kat bus stop..
mata shootng star???
haha..
die siap make up lagi..
untuk tgk shootin gstar make up bila aku lmbt je la..
;P anyway..awk cantik with or with out make up.......
so,....
kami makan d sec. 2..nasi lemak..kedai apa ek?cita rasa?sebelah pegaga..
sorry gmbr tak nampak sgt la...
owh itu tumbler aku hadiahkan kat die.. :) cantik kan??
penuh dgn hati dan perasaan sayang..phewwwwiitttt
lauk aku pagi tu..
nasi lemak....and sotong..fuh!aku ny aje da 4.50..mahal la pulak.but its ok..
:) lapar...semalamnya x makan..lepa sfutsal nk makan lagi??baek tak yah brsenam mcm tu.kan?
hehehehe
ni lauk sy...lauk die.... jap eh?gmbr tak clear sgt..jap tau?
ha..ni lauk die...tak nampak apa pun kan?
hahaha...
owh shoot...
zuhur nk habis..nanti sambung balik ok? :) daaaaaaa

Tuesday 25 January 2011

Mencari Ilham...

hurm...
benda ni da lama da ada dalam kepala aku ni..
lama sgt da...cuma nothing to trigger it out..
and since last year....
benda tu mula trigger aku...
first of all about my personal life la..
aku pun tak tahu menahu aku ni boleh pulak menulis..
walaupun tak pandai mane..ak seputis mane..tapi boleh la..bagi aku..
untuk aku bca sendiri.. aku seronok.. ;)

and since then..aku rasa mcm aku teringinnk buat novel..
tp panjang sgt..plus aku buat ada ke nk baca?kan?hehehe..
nk buat plot jln cerita..fuh!mesti parah la.....
tp ok selagi aku tak bz kot.. who knows....
tp at first aku kena start dgn membuat something yg pendek2 dulu..cerpen perhaps kan???
takde la terus jump mcm tu..
sebab tu la mencari ilham ni timbu.
dlm masa yg sama............

ilham untuk aku menulis ayat-ayat cinta pun mcm ada gak..
huhuhu....
hurm....
ni semua awk puny apasal..
hahahaha.. hadoiiiiiiiii

dah la semalam jalan2 ngn shooting star..
jumpa la kawan sekolah teknik dulu..
bdn die Ya ALlah...
besar bagak..da 2 thn kawin..
specky nama die..
die pun terkejut...sbb nama tu hnya bdk sekolh je panggill..
tau apa si shooting star ckp??
"don't tell me he is your age...."
aku pun jawab la..."yup..kenapa?sy nampak tua ke???"
shooting star buat muka terkejut..n dgn suka2 hati nya gelakkan aku..
"hahaha...serious???kenapa awk nampak muda????"
hadoi......awak..sy pun tak tahu la mcm mane nk ckp.
kenapa sy nampak muda...
tak nampak mcm 28..hehehe...

but its ok..
;) hurm..
ilham2...
byk gak ilhamnk dtg lately ni...
cumank menulis tu yg xde masa..
(ada sebeanrnnya..tp malas.. :p)
tgk la..
ada la serangkap dua ke kan????
at least ada.. betul tak???huhuhu
ok la semua..gtg...
assalamualaikum peace one love
for both of you.. =) i love you.....mmwah!

Saturday 22 January 2011

sakit kah?

hurm...
dup dup...
dup dup.....
(jantung aku berdegup...)
kuat...sakit....bukan sakit jantung..sakit laen.. ;)
tak tahu kenapa...

adakah sebab aku sakit hati?
or aku jealous?cemburu?
orang dulu2 ckp..
cemburu tandanya sayang...
hurm..mmg aku sayang...
tapi..kenapa aku perlu cemburu???
sebab aku tak kenal lagi siapa die???

huhu...
nak gelak pun mcm ntah la...
but aku kena kuat..
;)
ingat ben....dgn benda panas..hati kena kuat.sabar...
jgn cepat melenting..panas baran..
plus....nothing kan???

mmg la nothing..
its just that...
ntah la..hhoho...
risau kot.......
ye la..
bukan lama pun lagi...
maybe lepas ni.sorag2 terkontang kanting kat sini..
sunyi....
kenangan lama dtg..
hurm..
my love..
with out any doubt...
mmg for her...
but...
what about her???
she's young...
beautiful...
hot stuff...
hahaha...
hadoi...

mcm mane la aku nk pergi nanti...
*sigh...pergi ok..tka pergi lagi ok..
arghhhhhhhh
kenapa malam ni aku nk rasa mcm ni..
kacau betul la..
mood semua takde...
haiiiiish!!!

hurm...
dah la hari ni last day kerja...
kena buat Giant gris trap....
damn!!!!!
bak datang.......
satu plaza masalam bau..
dari taxi stand da boleh hidu bau semerbak die..
bayangkan aku yg depan2 mata ni??
berair mata tahannk muntah!!!nk amik gmbr...tp takut hp kotor..
:(
berejam ga aku kat bawah tu..
perot berangin..
tekak loya....
thanks to nabill..
sebab teman aku...
kalau tk.mau pengsan aku kat bawah tu.....
lepas tu naek atas je..
semua buat2 muka bau busuk
dah mmg busuk kot!!!
busuk tahap apa tah!!!
eeeeeeeeeee
cant imagine...

cuci tgn guna air sabun pun tak hilang ko................
aku siap turun giant beli fabric punya pewangi..
tak hilang gak...
aiman n mem dtg...
terpaksa la explian kenapa sy busuk...
and amoi pun dtg...
punya la lama gadis ni tak jenguk or call aku...
she's a nice lady....
kerabat negeri sembilan..
menakutkan ok?
but she's nice..
we are close...
but bukan ke arah itu...
close friend..
nak2 bila class french sama..
die byk mengajar la....
tup tup pagi tadi die kol..
ada job nk bagi...
fo rlandscape..
tp tak dpt la..

aku mane de firm kan?
so i was telling her this is my last day ..
tak tahu pulak di enk dtg..
dgn Rep lak tu..
sorang lagi budak archi..
hhoho..
lama tol tka jumpa korang..

balik lalu depan kedai cash converter.....
tgk ada helmet sol hybrid..
RM188/=
wow!!!
hybrid tu
tapi aku nk guna duit untuk berehat after this
n bayar hutan gof cours
ebyk tu
huhuhuhu
hopefully lepas bayar ada duit untuk bercuti
;)

balik maen futsal...
with kelas aiman...
seronok gak maen...da lama sgt tak maen kan?
stamina out!kaki berat?shooting?hancur!
heheh..
kena start jog dulu before maen ni..
dlm seminggu lagi kalau jog tiap2 hari ok la..

so ni da jadi penganggur..
bole la update resume n cv....
bersenam...
kan???
melayan perasaan yg sakit kot sekarng ni..
hahah
dup dup..
kenapa aku kena kuat?
sebab aku lelaki?
lelaki ke?
:p

ok la..
gtg guys..
asaslamualaikum...........

Friday 21 January 2011

January 20th, 2011

well,...it's a holiday untuk mereka yg beragama hindu..
bersama rama-rama......from 9 am nak tren nk ke mid valley...
but...
manusia berkulit gelap ni..
ramai giler!!!!!!!!
and,...rasanya la..
management ktm ni bodoh jugak..da tau hari ni..
hari cuti..and possibility org ramai nk guna train mmg ramai giller....
kenapa la man power kurang?haiyoooo......

dllm tren da bersesak2..bersama2 dgn warga2 ni..
dorang semua ke batu caves..
kenapa la korrrang tak jalan kaki ke..lagi besar pahala...
baru la nampak jalan raya d penuhkan dgn manusi aje kan?
waktu nk turun kat kl sentral tu..tak boleh keluar ko...
isk2..kesian rama2...aku tak kisah lagi..rama2 tu..dah la kecik je...hurm..nsb bek dpt tlg die keluar..
"are you ok there butterfly?" i know u'r ok....sbb sy ada....kan? :p

anyway..bila da smpi kt mid valley...
fuh!manusia ramainya...
risau gak terserempak dgn kawan2 butterfly ni.. ;)
kang mula la gosip2 liar muncul lagi...
huhuhu....
jalan la kat dlm mid valley tu..lamanya tak jalan kat dlm ni..bila tah last...
teman die beli barang...
jalan2..
window shopping...
owh2..kami ada beli gelang!hahaha... :p
comel.....hurm....
semoga hubungan ni berkekalan hendaknya......
amin...
berjalan sana sini.....
huhuh..
owh ada pergi Dorothy Perkins nya kedai..
alih2 nampak la kawan lama..
Syawal..hahaha..besarnya syawal sekarang..
die kim salam kat semua...masyuk katanya kerja kat situ..
mcm teringin je nk keja situ..hihihih.. ;p
lepas tu jalan2 lagi...
pergi topman..
owh pergi zara..
it was like.arghhhhhhhhhh
ada duit ni..
mmg aku belikan la...
butterfly nk apa?amik...
tp aku takde duit...
org pernah ckp..
"if you don't have money to spend on your girlfriend..spend time with them.."
so,..
aku spend la time dgn butterfly.. ;)
hopefully she's having a good time....

kami mkn korean food kat tingkat atas....
she's a first timer..
kuat makan butterfly ni..
tak pdn ngn kecik.huhuh.. :p (jgn marah..lalalalal)
sarankan die my favorite..Bulgogi..
aku amik beef bbq set je..
and Alhamdulillah.
die suka.. ;)
ada la amik beberapa keping gmbr..
tp tidak d benarkan untuk menjadi tatapan umum.
maaf ye..
byk yg kurang manis d pandang...
adengan2 yg panas..(saje kasi line panas kan....hahahaha..:p)

lepas mkkn plan nk tgk wayang..
tp tak sempat...
owh die pernah ckp...
kat mid valley la tempat last die dgn teman die yg dulu..
in fact die menangis at that time...
hurm..
butterfly..
I'll never break your heart..
I'll never make you cry....
I'd rather die..than live without you...
I'll give you all of me
Honey that's no lie....

and today she was so happy. ;)
Alhamdulillah...aku mampu gembirakan seorang hamba Allah yang aku sayang.....
semoga die berbahagia selalu....jgn bersedih.. ok butterfly?
lepas solat die kata nk kemas beg..and tak bagi aku tgk..
hahaha...alih2 die lari kat department perempuan..
duh.. "perempuan"..
die igt aku segan la pergi situ?(mmg segan pun..)
tp aku tahankan malu...pergi je la kat situ..
hahaha..
pdn m uka..
muka merah.. :p
kesian tgk die.
aku pun blah la...
da setel emua..
balik..
sebab aku kerja at 5....she's going home....
to somewhere...aku ke pdg jawa...
dekat train tu......
hurm....
bila aku hantar die naek tren tu...
uish..sedihnya......
sebb..
masa kami bersama sngt singkat...
untuk hari ni...
dan untuk hari mendatang
aku menangis dlm hati ni...
melihat die pergi...
and aku dapat bayangkan
betapa sakitnya aku bila aku pergi jauh nanti.....
will i survive???
kamu doakan saya ok???
Insyaallah,....sy pergi tak lama..
pejam celik..pejam celik..
da habis da..
;) ok?
that time..
i'm gonna make sure you are mine.. ;) ok?

aku pun mula termenungdkt tren kl sentral..nk tukr ke klang kan.
ramai nya manuuusiaaaaaaaaaaaaaaaaa
rimas2....
arghhhhhhhhhhhhh
kalau tadi ok la jugak sebab ada rama2..
ni sorang2..sunyi lak tu..
and aku asyik dgr lagu...
Ungu - Ku Ingin Selamanya...

mmg khas untuk kamu rama2...
itu yg sy rasa..hari ni...semalam..esok..dan sampai bila2......
aku agk lambat pergi kerja
masuk pukul 5..tp aku masuk 5:45..
dtg2..
wirdat ada.
mati la..
nsb bek die let me go..
sebb nk habis kan?
and hari ni ialaha hari terakhir aku closing bar..
:) last day closing cafe dah hari tu...
aku buat bersih2....
hari ni pun aku buat bersih2 jugak...
last kan
nk biar la store yg byk kenangan ni igt aku..
;)

selamat tinggal starbucks...
i'll never forget you guys..
ok la...gtg..
assalamualaikum semua..daaaaaaa