Sunday 29 May 2011

Konvokesyen ke 74




Assalamualaikum semua!!!! =) lama da xbaca blog sy kan?al maklum lah..busy memanjang.balik je tak larat da nk meenulis.tau2..balik mandi tidur...ready for tomorrow plak..
so entry hari ni....patutnya lama da kena tulis benda ni..dah sejuk da pun hangatnya....
yes..its about my convocation day... and maybe my last convocation....dah x larat da nk belajar....but who knows kan?nanti da tua bangka nk ada master ke kat nama tu...bukan untuk apa.kepuasan diri....mungkin...;) ALlah bukak pintu hati aku untuk belajar lagi ke...hehe

so....aku nya konvokesyen ni berlangsung pada 19 mei. sidang petang.sidang yg ke 10 rasanya...
kelam kabut gak la hari tu....
aku cuti hari tu.last month da apply cuti..so yg dtgnya pulak my mom n my dad only...hurm..tak pe la...yang bongsu ada exam so yg no 3 kena la jg rumah..takut nanti bongsu balik takde org plak kan?...

rambut aku tak panjang.tp hati au niat nk gunting.biar pendek skit....tuptap2....setel gunting kol 11:30...my dad dtg kol 10 td..kesian dorang tunggu kat kedai mkn almost 2 hours...
lepas gunting aku bailk rumah amik keta.motor park dekat sec 7 jap komersial area...sebab nk bawak jubah segala....so aku alik rumah........baju xgosok lagi..huaaaaaaaaaa....
kalo ada tukang gosok kan best..letak org gaji kat rumah ni yg hot2 ke kan..fuh!(terbayang jap...``~~~~~)
tup tap2..setel semua aku smpi kat komersial balik kol 12 lebih...pulaknya sidang petang tak leh parking dlm..kena parking kat giant..... naik bas..
naek bas tu aku tak heran...
tapi kesian kat org2 tua la..
berasak2....
tak d sediakan dgn betul...kot ye pun biar la ada line ke..ni semua berpusu2...pastu bas graduan n family sama..yg pentingnnya graduan....nk kena beratur dlm dewan lagi..dorang nk check lagi..mcm2 la......

sampi jugak aku ng family aku kat dewan baru tu..kami ni antara first batch la yg rasmikan dewan baru ni..besar...silap hari bulan bole sesat owh.........

owh yes..aku nyaris xlepas nk konvo hari tu.sebab die kata rambut aku panjang!duh~~~aku nmpk yg betul2 panjang.ok?side burn aku buang....ekor belakang takde..semua clean..aku da mcm budak sekolah yg baikje..omei je...hikhikhik...
and yes...nasib aku baik.....lepas berdolak dalih...bg hujanh2 yg betul dan bernas..aku lepas...fuh~~~nsb baek..die nk aku gunting pendek mane lagi?haish!!!mcm Naib canselor tu rambut die pendek je....hahaha...
so aku dpt lah ijazah aku....:) ALhamdulillah..syukur.....

ha..ni lah gmbr aku.....tak tau la senyum ke apa tu..tapi yg aku tau..aku mmg tgh happy time tu.hehehehe..tersengih je..tp takut kot tgk muka mamt depan aku ni...huhuhu......

so.lepas berakhir nya sesi menerima ijazah...majlis habis dalm kol 5 lebih tak silap aku....
which i don't think reasonable la...makcik pakcik semua nk balik dah....
so yg nk bergambar pun sekejap2 je lah.....mmg tka puas.x sepuas sesi pagi.....kalo la dorang ada buat lagi...biar la buat sesi pagi je...lagi elok........
mmg la lama..tp menyenangkan para ibu bapa la...
ni aku nk tak nak sewa baju ni 2-3 hari.nk amik gmbr ngn adik2 aku.family...owh yes.anak buah aku......
and you know whaT? RM 400 beb...it cost me to take studio picture....pergh......


ha..ni lah antara gmbr yg sempat2 di ambik la petang tu...
thanks to my flesh and blood brother... Muhammad Luznan.....adik2 yang laen... Ruwaidah borhan,Nadzirah Borhan, Sarah Yazmin and Ajlaa Hassan....sebab sudi mengambil gmbr sy dan keluarga...mane la gmbr family aku ni..hehehehe.....sy tak mampu nk beli camera....org laen mampu.. ;) so mtk tlg la dorang kan???gmbr akn d upload jap lagi k???msh mendownload lagi ni..fuh!!!

Flesh n Blood brother...nan, me myself, my dad n my mom.. =) i love you guys...
brothers n sisters...i love you guys as well....
bila la dpt jmpa lagikan?*sigh....
me n my family....tp mane satu camera d tgk pun tak tahu lah.hehehe....which is which? huahuahua....

with my adik yg comei sesangat....
ismahaliza hafiziah..wakakakaka.. i love u bro.....
hnya untuk yg konvo sahaja..tapi tetiba adik sy yg comei sorang ni ada..hehehe..
ruwaidah..thanks for that day.....
berdua dgn jijo yg comel.. ;) love u bro

part sedih..jijo nk balik dah... :( good luck bro in everything you do....
hehehe..me n my brother...wink2 ;)

ni dah kenapa aku ni?
emil yang cantik.....
emilicious sgt uols...huhuhu..
i love you emil....
good luck bro....

so,...setakat ni itu jelah gmbr konvo yg ada...ada lagi.tp tak byk mane pun...tp ok la kot ni..at least kamu semua tahu sy da konvo...
sape nk bg hadiah tu masih d terima lagi.
so sila2 lah ye.hehehe....

to everyone....especially my mom n dad...
thank you....thank you for coming....this is for you..for both of you.......
i know....my result is not that good.but i get the degree...
that is enough.... perhaps,.one day i'll make both of you proud.. Insyaallah....

my flesh and blood brother...Luznan...I love you bro...
walau pun kita da makin bz...jarang jumpa walau satu rumah.....
but i still love you bro....dunia akhirat...Insyaallah.....thanks for the gift as well.

my sisters.....Ruwaidah, Ajlaa, Nadzirah n sarah....
thank you..thank you so much for that day...
without your cameras...
takde la semua ni...seriously....
nanti kita g mkn2 eh?
its on me..mane tmpat?
sec 2?wakakaka... :p

my lovely brothers as well...
first and foremost... Ismail aka chak/chaq ek?thank you for everything..
without you...i dont think i cant make it here as well.. :) without your help...thak you so much..
semoga Allah dapat membalas jasa2 kamu...
Emil....yang tinggi lampai..sasa dan gagah..aw.....
thank you.....
and jijo yang comel...
thank you..thank you so much!!!!!

selamat menempuh dunia baru sahabat2 ku.....
Assalamualaikum....

Tuesday 17 May 2011

Kambing Panggang/Golek | Whole Lamb Grill

Kambing Panggang/Golek | Whole Lamb Grill
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
- Ikhlas dari HALALAMB RESOURCES -



Salam Aidilfitri buat semua pelanggan-pelanggan setia Halalamb. Sepanjang syawal ini, kami menawarkan diskaun sebanyak RM50.00 untuk bagi tempahan rumah terbuka / majlis hari raya.

Kami juga menasihatkan anda untuk membuat semakan tarikh di blog kami dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pertindihan tempahan.

Tarikh-tarikh yang telah ditempah (akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa):

09/11/2001 - Penuh
10/11/2001 - Penuh
11/11/2001 - Penuh
15/11/2011 - Penuh
16/11/2011 - Penuh
17/11/2011 - Penuh

** Bagi tempahan yang masih belum dijelaskan pembayaran deposit sebanyak 50% selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan dalam invois, tarikh tempahan anda akan dibatalkan dan dibuka kepada umum. Justeru, bagi mengelakkan pembatalan tarikh tempahan, anda adalah dinasihatkan untuk menjelaskan deposit tepat pada masanya. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kami sepertimana yang anda harapkan. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan.

Untuk tempahan sila hubungi :

WAN 019-3388332 / SHAM 013-3449646
E-mail : halalamb@gmail.com


Nota Penting : Kami ingin memberitahu bahawa pihak Halalamb tidak pernah melantik ejen-ejen atau wakil-wakil syarikat lain bagi urusan tempahan. Jika anda mengesyaki sesuatu, sila hubungi pihak kami untuk mendapat kepastian. Halalamb hanya beroperasi sendiri dan pasti satu-satunya yang original.



________________________________________________________________________


SELAMAT DATANG KE HALALAMB
Kambing Golek Yang Pasti Memikat Selera

Majlis kenduri dan keraian anda akan lebih istimewa dengan adanya kambing golek! Kami menyediakan perkhidmatan katering khusus bagi hidangan kambing panggang/golek untuk majlis kenduri dan keraian anda. Resipi kambing golek tradisional mahupun panggang ala barat, semuanya sedap dan mampu menambat hati tetamu yang hadir. Rumah terbuka, parti harijadi, majlis makan malam, majlis perasmian, majlis korporat, kenduri kendara semuanya akan lebih diingati dengan adanya hidangan istimewa ini.


Hidangan kambing panggang/golek kami hanya menggunakan kambing dan ramuan-ramuan yang halal dan bermutu tinggi. Resipi perapan kami adalah turun temurun semenjak tahun 1983 dan dikawal dari segi kualitinya. Harga yang berpatutan dan berpadanan dengan ketelitian dan kesungguhan yang dicurahkan dalam penyediaan hidangan ini.

Proses penyediaan kambing golek ini mengambil masa selama 48 jam sebelum tarikh majlis. Kambing akan diperap selama 48 jam bagi memastikan perisa ramuan perapan menyerap ke dalam seluruh bahagian kambing tersebut di samping melembutkannya. Di premis majlis pula, kami akan menyalai kambing tersebut terlebih dahulu dengan kayu hickory. Kayu hickory adalah merupakan sejenis bahan membakar bermutu yang biasa digunakan untuk barbeku dan digemari kerana aromanya yang tersendiri. Lazimnya, kayu hickory digunakan dalam masakan-masakan ala barat dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka. Selesai proses menyalai, kambing seterusnya akan dipanggang sehingga sempurna. Proses yang rumit dan teliti ini menjanjikan hidangan kambing golek yang istimewa dan enak justeru menjadikan kambing HALALAMB berbaloi untuk dicuba!

Tiada istilah persaingan antara kami dengan yang lain-lain kerana kami mempertaruhkan keistimewaan resipi yang tersendiri dan lain daripada yang lain. Kami tidak mengkompromikan kualiti demi kuantiti. Jaminan kualiti, halal dan tanpa was-was, semestinya daripada HALALAMB!

Mutu perkhidmatan yang diberikan juga adalah bertaraf hotel 5 bintang! Pengendali-pengendali yang ditugaskan adalah terlatih dan profesional. Tidak kira apa jua saiz majlis anda, pengendali-pengendali yang ditugaskan akan hadir dengan semangat yang tinggi dan lengkap beruniform bagi memberikan majlis anda sentuhan profesionalisme yang anda sememangnya berhak terima. Hanya yang terbaik dan bermutu daripada HALALAMB!

TEMPAHLAH SEKARANG!

Pakej Kambing Panggang/Golek (Lamb New Zealand)
cuma RM1,350.00nett
RM1,300.00nett


Pakej Kambing Panggang/Golek (Lamb Australia)
cuma RM1,250.00nett
RM1,200.00nett

Pakej Aqiqah (Kambing Biri-Biri)
cuma RM1,750.00nett
RM1,700.00nett

* Tiada cas penghantaran (bagi kawasan lembah klang)

Pakej adalah termasuk dengan Sos Mint, Sos Lada Hitam dan Coleslaw


Untuk tempahan sila hubungi :

WAN 019-3388332 / SHAM 013-3449646
E-mail : halalamb@gmail.com
Pejabat Urusan : 8669 Jalan Nakhoda Dalam, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Thursday 12 May 2011

My First Salary

Syukur Ke hadrat Allah,...
aku masih mampu hidup hingga ke hari ini....
bila aku duk sorang2 dlm bilik ni..(mmg sorang pun.pernah ke berdua?)
kau fikir,..aku renung2kan kisah hidup aku.perjalanan...ceritera hidup aku...
banyak halangan nya..banyak susahnya dari senang....
banyak pahitnya dari manis..
banyak sedihnya dari bahagia...
tapi...aku tetap bersyukur...
sebab,.itu yang ALlah berikan pada aku......
untuk menguji aku..sebagai hambaNya...
aku akui..
aku pernah rasa nk mati je..daripada aku hidup dlm dunia ni..baek aku mati..aku bawak motor mcm org gila..biar aku kena langgar ke.....xde..xde satu keta pun.aku siap xbrek apa..bawak laju2...but still,...Allah dah nyatakan....perjalanan hidup aku masih jauh..
aku gagal sekali..tak bermakna dua kali tiga kali..
:)

so,,....aku tau agak lambat untuk tulis mengenai benda ni...
My first salary...
aku sgt gembira!!!!!!!!!!!sangat2 gembira!!!!!!!!!!!
pagi2 lagi 28hb april hari tu aku g bank check..
huhuhu....
inilah gaji pertama aku....sebagai pekerja...(aku ernah keja sebelum ni..tp bg aku ni tetap the first salary la...lepas ni x study lagi da.Insyaallah...)
seronok...nk melompat2 je rasa...
otak ligat memikirkan apa yg patut d buat..berapa bajet perbelanjaan diri,...belanja ahli keluarga.org tersayang..sahabat2 baek aku...semua ligat lm kepala otak aku..

aku beli racket badminton, sebb maen badminton every week skang. nk jadi lee chong wei..harapan la ko... :p aku beli baju hujan!benda yg pertama aku nk beli.sebab sebulan aku pergi kerja,..almost ten times aku lencun kena hujan!owh yes!aku beli helmet full face!dekat cash converter.so.lepas ni bila hujan..takde la sakit muka kena tembak air.hehehe....
aku repair chika..dlm RM500!umangai..byr bil2..itu yg paling sakit.. byk sgt...
betol la org ckp..bila kita gaji sikit......kita ttp akn complaint.cukup la apa la..tp bila kita dapt gaji besar pun sama gak.ebab kitatak reti nk bersyukur..kononnya,..bila gaji da besar perbelanjaan pun da besar...
salah tu....biar la sama..at least dpt saving.. :)

aku berjaya belanja family aku hari tu..
my mom's birthday.
on the 8th May. seronok aku.my dad tak perlu keluarkan duit da.die bole fokus kat dua org anak die je lagi.aku ngn no 2 da kerja.so die tak perlu nk bg duit lagi da.sebaliknya.aku kena bg dorang skang ni.. tp not at the moment dad....sebab baru start kerja ni.....so byk benda nk kena setel down dulu.brg keperluan semua kena ada.then br bole..........

owh yes..kawan2 ak utak sempat nk belanja lagi...sebab bajet da byk habis buat benda2 tu la..aku plan nk buat next month..Insyaallah bole....kot. :p boot bola lagi, kasut badminton lagi.hahaha<<

now da masuk minggu ke dua
dgn perbelanjaan bijak aku..ALhamdulillah,..cukup untuk smpi gaji berikutnya....
xde la sesak hujung2 bulan...x makan segala....

yes,..aku lmbt kerja.org start keja at the age of 2 or 23 or 2.aku at the age of 28.br nk mulakan kerjaya?tapi,..aku mulakan dgn cemerlang..
rezeki org kan?sape yg tahu...
bak kata adik aku sorang ni..
Ismahaliza Hafiziah ni...
"hidup tu sekarang takde la kaya...tapi senang la.."
well,..itu yg aku rasa sekarang.dan aku sgt2 bersyukur ats rezeki yG Kau berikan Ya Allah...

well,..tu je untk hari ni kot.. da lama sgt tak menulis ni..tepu otak aku.hehehe...adios amigos...
Assalamualaikum!