Saturday 26 November 2011




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. :) lama sungguh tiada khabar berita dari blog ni. ;) senyap diam seribu bahasa.bukan kerana apa, terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk update blog ni. ;) lagipun sape je yang bace blog ni. ;) selain dr kawan2 aku.itu pun kalo baca.hehehe.

so sempena masuk tahun baru ni, aku nk ucapkan kepada korang semua pembaca2 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. dengan ini di harap kita semua berhijrah la kepada yang lebih baik dari semalam, dari tahun lepasa dan tahun2 berikutnya. mane yang keruh kita jernihkan, mane yang dah jernihkan, kekalkan kejernihanya jangan lah kita keruhkan. ;) InsyaAllah.

Di hari yang mulia ni, aku berkesempatan nak update blog bukan apa, sebab aku kerja esok pagi 27hb November 2011 pukul 3 pagi.kena ada d ofis sebab ada program. ParkCity Run. kami hanya penganjur yang menyediakan tempat sahaja.so kami kena la ada di sini memantau apa2 yang terjadi kat parkcity nanti xde la kami susah sgt.nanti tak jaga tiba2 ada aduan,..nah...sebijik. bila kita tahu apa jadi, bil aada aduan kita boleh jawab balik. so memandangkan hari ni pun aku kerja, halday n petang td lawan bola, so aku decide untuk stay office terus je la.better,xdela aku nk balik shah alam, pastu kol 2 pagi gerak balik ke ofis ni.jauh kot.kalo kereta ok gak.itu pun tak pasti aku dtg kol 3 pagi. :p so to play safe, better aku stay je kat office ni.kan?tapi tu lah, keseorangan.boring, melayan movie sorang2 di ofis.sambil menunggu jam 3 pagi.adoi yai.
tanggungjawab la katakan, ;)

so, korang apa plan tahun baru ni?apa azam?azam tahun lepas berjaya ke tak?ke gagal mcm tahun2 biasa? :p takpe, dgn adanya azam, kita akn berusaha untuk capai.sekurang-kurangnya kita ada target.xde la hidup kita ni tanpa arah.walaupun kadang2 aku suka jugak hidup tanpa arah ni.tgk je ke mana flow ni bawak aku. "let it be", follow the wind. mcm2 lah. tp susah bila ada orang bergantung pada kita.kalo mmg hidup sorang diri, xde family, xde kawan2 ok rasanya hidup tanpa arah ni.kan?

kepada kawan2 yang nk beranak terutamanya Dee, sabar ok sis?aku tau ko brapa hari je lagi.sabar k?semoga ko selamat hendaknya.tak sangka aku kawan aku ni nk beranak dah.tunggu aini je lagi.bila la ko nk kawin aini.hehehe.jgn jadi andartu sudah la ko aini.
kepada kwn yang sudah beranak, hurm..tahniah diucapkan.semoga kamu hidup bahagia bersama anak dan terus lah membuat anak lagi.hehehe.

sekarang aku rasa aku semakin merapu,apa yang aku tulis ni da takde kaitan dengan Maal Hijrah, tapi xpelah.sebab da lama sangat tak menaip kan?so apa dehal.hehe..
owh yes, lupa nk ckp..InsyaAllah, family aku dipindahkan ke Sarawak balik.end of this year.my dad naik pangkat lagi.tap itu tunggu surat kata Bonda tercintaku.mula2 dpt tau berita ni, aku gembira bercampur sedih n sebak.
gembiranya sebab ayah aku naik pangkat la.sape xgembira kan?tahniah pa. ;) u deserved it!
sedihnya..aku xde peluang nk jumpa mak ayah aku weekly lagi.or bila masa aku rindu aku tak leh jumpa dorang selalu dah. aku menangis dalam hati.mengenangkan dorang. yes, my parent dah tua.semakin tua.aku nampak muka mak n ayah aku.anytime je ALlah boleh amik nyawa dorang.what if one of em' xde bil adorang di sarawak.when i'm not with them?gosh...aku xnak tu.mak ayah.jgn tinggalkan Amy lagi.byk lagi amy nk buat untuk balas jasa mak ngn ayah. ;(
mode sedih la pulak...hurm..Ya Allah ya Tuhanku,...Kau panjangkanlah umur ibu bapaku.berikan mereka tubuh badan yang sihat.ampunilah segala dosa2 mereka ya ALlah.berilah aku pleuang untuk membalas jasa2 mereka kepadaku. amin.

kawan2...semoga kita berjumpa lagi di post berikutnya.(tah bila la tu.InsyaAllah bila panjang umur.Amin)

Assalamualaikum.