Tuesday, 25 March 2014
Berenang di PJ Palms
some of them are divers,, some are just swimmers,....
papehal pun kami seronok.....
you guys should too... come join us at PJ Palms Sport Centre...
https://www.youtube.com/watch?v=NK5DvlOiOWE
enjoy watching...
LOB di Thailand
excited, teruja dan cemas, cuak...
macam2 lagi perasaan ada..
met new friends, new dive sites, new experienced....
so enjoy the video guys.. :)
first video:
https://www.youtube.com/watch?v=wyTiS2Z3beY
second video:
https://www.youtube.com/watch?v=sHMq8wpVBqk
thank you for watching....
peace
My dive at Aquaria KLCC on the 13 March 2014...
lama sangat dah x update blog ni...
aku akan cuba update lagi lepas ni...
kata ceritera aku kan?
sepatutnya aku tulis hari-hari..
sila la tonton link di bawah ni....
https://www.youtube.com/watch?v=tVXxJgx4qsU
thank you for watching.. :) chow...
Friday, 26 July 2013
Chika ku....
Assalamualaikum. Lama dah tak tulis apa-apa kat sini. Ye lah, tulis pun bukan ada yang komen. Baca je. At least bagi la feed back. Semangat gak nakn menulis. :p okay back to the topic. My Chika. Chika actually a scooter of mine. I named her Chika because I love japanese names. Comel je bunyi nya. So, last month. Before Ramadhan, on the way pergi kerja. Chika ku akhirnya membuat masalah. Mati di tengah jalan. NKVE. Betul2 tempat orang kemalangan. Called my boss and told him I can't come to work. And called my general workers to come and fetch me together with chika. I can't leave her there alone. Nanti dia kesejukan. Mesti ada yang tak berperikemanusiaan akan mencabul kehormatan nya. Biarlah aku sorang cabul. Mana boleh share2. So naik lah lori hantar ke Naza service centre di seksyen 15. Hantar, register. Fuh. Dah 2 tahun aku tak datang sana. Aku kenal Rafi je. Lepas di periksa sah motor aku kena stay situ. Di jangka siap dalam masa sebulan. What?! Alasannya motor lain beratur nak repair. Motor lain ni sibuk la nak repair gak... aku tak marah. Aku redha je. Bagi dorang, nak masuk tahun ke 4 baru motor aku rosak. Memang aku jaga motor. Scuter lain setahun da meragam dah. So kesian Chika... luckily di rumah rafi and ida ada tinggalkan kereta. Sbb ida tak kerja. Dia bagi Nan pakai. Nan dengan baik hati ckp pakai la kereta dulu. Aku naik la kereta. What the F?!
Seminggu cost aku rm120 (minyak n tol). 6 hari bekerja eh? Sama dengan cost minyak chika sebulan. Apa giler... nan pun baik hati minggu berikutnya sampai la sekarang bagi naik motor dia. Segan pun ada. Aku xsuka pakai barang orang. Apa2hal jadi susah. So aku pun mmerancang la. Nak buat komitmen baru. Aku plan nak beli superbike. Bila fikir2 balik. Aku perlukan jentera yang laju untuk ulang alik kerja 100km sehari. Motor ape? Nantikan... hehehe
Sunday, 28 April 2013
Pulau Tenggol
Yuhuuu.... Assalamualaikum semua.... now aku di pulau tenggol. Tau dok mane? Tak rama yang tau kang? Pulau ni terletak di Dungun, Terengganu. Kedatangan aku ke sini? Apa lagi. Hobi baru. Menyelam la.hejehe. sepatutnya minggu ni aku ke pulau perhentian. Tapi my travel buddy juga merangkap my dive buddy cancel the trip last minute. So aku kena la cr buddy lain nak dive. My backpackers buddies ada add aku dlm group divers di Facebook. So usha2 tanya2 dptla trip ke sini. Fikir2 balik aku pun xpnah dive tempat lain. So why not. Within budget. Sangat. Seminggu aku ikat perut. Taapi berbaloi. Berbaloi-baloi. Visibility here better than perhentian. But the fishes is not that many. Yang paling banyak nudibranch. Arghhh stress. Aku bukan nudi junky. So xberminat nk tgk n carik. Ikan besar. Xyah dicari. Hehehe. Tapi still okay. Hari ni je 3 dives aku da buat. 1st dive susah nak tenggelam. Wetsuit baru beli. Hehehe. Fin n mask pun baru. Bcd kwn bg pinjam. Regulator je sewa. So okay la. 1st dive mask foggy. Xbest. 2nd dive mask foggy. Xbest. 3rd dive mask clear. Tempat pun aku suka. Tokong api. Mmg wall diver. Best. Mengadap dinding. Hehehe. Byk giler nudibranch situ. Sepatutnya lagi. Malam ni aku buat night dive. Tp my buddy sakit kepala. So xdpt. Duk je la berehat. Tgk tv. Esok awal pagi ada dive and then balik. Weee... in shaa Allah bulan 6 datang balik. Heeee
Assalamualaikum semua
Thursday, 18 April 2013
Nikon D90
Yuhuu.... hehehe. Macam happy tak bunyi yuhuu tu? Tak? Cuba lagi cuba lagi..... yuhhhuuuuuuuuu ;) sambil Senyum ala kucing... Assalamualaikum semua... bertemu kembali kita semua dalam blog aku. Syukur Alhamdulillah masih di panjangkan umur. Sempat lagi untuk bertaubat dan beribadat.
Dimurahkan rezeki. Talk about rezeki, hehehe. Semalam hari rabu, aku akhirnya mampu memiliki apa yg aku idam-idamkan dr zaman belajar lagi. DSLR. Yes. Camera DSLR. Nikon D90. Harga? Bukan harga pasaran sebab aku beli dari kawn aku. Dia ada byk sgt. Tak terpakai. Pulak u d90. Mmg mcm orang mengantuk di sorong bantal la.hehehe... tapi disebabkan busy. Aku xboleh nak excited aangat lagi. Nak try pun mcm tu mcm tu je. Eum explore lagi. Hebehehe. Yes. Kembali menembak... weheeee.....
Syukur padaMu ya Allah..
Wednesday, 17 April 2013
Scuba accessories. .
Assalamualaikum. .sementara nak carik mood buat kerja. Menulis jap. Last Sunday, aku pergi la dekat satu kedai yang menjual peralatan menyelam. Ataupun scuba. Xtreme Dive Station. Kedai ni tgh nak borong habis barang2 dia. Sbb nak tutup kedai. So,.. niat aku nak melihat je. Xde pun nak beli... walaupun di racun oleh kawan aku sehari sebelumnya dia beli wetsuit 1mm akona. Mmg smart giler....
Sampai sana dlm pukul 4 ptg. Kedai tutup pukul 5. Aku ada janji gak ngn kwn2 perempuan backpackers dorg nk tgk je. 2 orang sibuk mkn dulu. Aku naik je. Wow. Sales semuanya. BCD (buoyancy control device) RM1000. Wetsuit below 1k.mask, fin. Dive computer. Regulator. Mata aku rambang... and paling tak tahan ada promo dia. Satu set dive accessories : wetsuit, mask, fin & snorkel = RM350. Sebagai beginner. Tersangat lah murah benda ni.ikut kan. Semua ni dalam 800++... dia dah jual 350 aku pejamkan mata swipe je lah. And yes! Aku dah ada wetsuit. Xsabar nak try. Hehehehe. Rancang nak pergi lagi perhentian island 26-28 ni. Siapa nak join? Jom
Monday, 15 April 2013
Songkran tinggal kenangan
Hahaha. Aku tergelak je bila nk tulis pasal benda ni. Sebabnya, aku sepatutnya pergi bangkok hari sabtu. Bercuti. Biasalah. Buat apa lagi. Dengan harapan nak melihat festival songkran. Haro jumaat apply cuti dengan bos. Muka ketat je. Siap ckp dia xapply cuti sbb rasa tanggungjawab. Aku pun naik bersalah. Seawal jam 8 hari sabtu aku da bangun
Tapi hati malas nak kemas barang2. Guling2 sampai pukul 10. Kemas je lah. Pack2. Naik moto g ktm. Tunggu train pulak almost 30 minutes. So bertolak dr station padang jawa pukul 11.30. Sampai kk sentral 12.30. Kwn aku suh aku try naik erl g lcct. So aku pun try. Katanya cepat.
Tuptap Tuptap train smpi pukul 1. Sepatunya aku sampai airport pukul 1.30. Tapi bila tgk driver bas dr salak tinggi ke lcct bawak mcm berchenta... aku sampai epot pukul 2. Check in xsempat. Pergi customer service. Dia suruh beli tiket baru. Harga tiket baru 450. Return tikek aku ke bangkok 200. Double the price. Dengan senang hati aku xjadi pergi. Beban rasa bersalah dekat bos terus hilang. Hehehe.
Aku siap g main bola lagi dekat desa parkcity. So pengajaranya. Keluar rumah awal 4 or 5 jam sebelum fligjt kalau naik public transport di Malaysia nih. Sangat2 la x bagus nya. Still proud to be Malaysian
Saturday, 13 April 2013
Bangkok - Songkran Festival
Assalamualaikum semua. Now aku dkt kl sentral. Tgh tunggu erl. First time nka naik menatang ni. Xtau plak boleh smpai ke lcct. Hu2.
Yup. Hari ni aku keluar lgi dr malaysia. Aku ke Bangkok. Nak melihat kemeriahan sambutan hari songkran. Dah lama rancang nak pergi. Tp baru berkesempatan. Songkran ni mcm tahun baru org thailand la. Aku pun xbaca sgt lagi. Nak gak tgk kena sibah air bagai.
Baju seluar bwk xbayak. Tapi cukup la kalau hari ni aku kena simbah air. Boleh la jugak.ada lg la pakaian2 lain.
Semalam nak mintak cuti xsedap betul rasa hati. Ye la. Br cuti seminggu. Ni cuti lg 2 hari. Next month cuti lg 2 hari. bos pun muka ketat je. Nak tolak cuti ada. Bika nk habiskan kan?
Anyway thank you boss. Hehehe. Chow
Thursday, 11 April 2013
Landscape Maintenance Contractor
Lagi sekali pasal kontraktor. After 1st warning letter now boss dia dtg turun. And dia nampak nak berubah. And ready to take immediate actions. Xmcm anak dia sebelum ni. Hurm... mcm mane la aku nk buang kalau semakin inprove.kan? Ada idea x?
Kontraktor
Hurm... aku ada masalah dengan kontraktor tempat kerja aku ni. Tak boleh buat kerja langsung. Maksud aku bukan tak boleh, tapi tak mencapai standard yang aku dan company aku nak. Work very slow. Action very slow. Kalau Setahun aku biarkan jaga site aku, habis, punah. So aku dalam perancangan nak membuang. Ini semua kawan punya pasal la. Niat nak menolong tapi aku sikit pun dia tak tolong. first warning letter dah di beri. Tgh buat 2nd warning letter and after that termination letter. Stress aku dibuat korang ni. Jangan ingat Desa ParkCity mcm government sector.
Open water course
Assalamualaikum. Sementara mata masih segar x segar nih. Nak post sikit pasal open water course. Benda alah ni maksudnya scuba la. Kalau nak menyelam kena la lesen. So last month aku amik lesen lesen ni. Di Pulau Perhentian. Lama aku cuti. Seminggu. Lama kan? And kalau boleh xnak balik.
Aku pergi berdua dengan travel buddy aku. Wan Mohd Faridz b Wan Mohamadan. Travel buddy aku ni best. Sporting. Ikut je. Hehehe. And lagi satu dia ni baik. Sebab tu best travel dengan dia. Banyak benda lucu kalau dengan Faridz ni.
Course ni aku dah booked dr tahun lepas. MIDE (Malaysian International Dive Expo) 2012. Kumpul duit dulu setahun baru bole amik lesen.(kumpul la sangat.bonus kowt)
Walaupun aku seminggu di pulau perhentian, course aku ni 4 hr je. Aku start on Monday. Tp disebabkan instructor aku hebat dia buat jd 3 hari. Too many things to learn. Serious. Kalau aku xminat mmg blur dah. Sebabkan minat giler la aku gagahkan. Kalau buat discovery dulu xde la mcm tu sgt. Hehehe.
Waktu buat discovery scuba diving last year, basic jugak. Xde la smpi bukak mask apa bagai. Hehehe... Faridz selalu buat benda lawak. Xboleh tenggelam la. Smpi instructor ugut xdpt luluskan sebab faridz xtenggelam2. End up waktu last dived dia petfect. Walaupun kaki dia kurang tepat. U need to swim more brotha. Huhuhu...
Berkat 3 hari aku dAh selesai kursus ni. Dan sekarang aku ada lesen open water course. Weheee. Syukur Alhamdulillah. . Nak gambar? Hehh
Percubaan
Assalamualaikum. Ini percubaan pertama aku post guna Note 2 aku. Lepas ni boleh la aku kembali aktif dengan blog aku. Hehehe. Boleh masukkan gambar2 travel aku. Aktiviti aku. Yes... chow
Wednesday, 21 November 2012
Trans Java ku
Monday, 29 October 2012
Pulau Perhentian - Day 1
Alhamdulillah, selamat sampai jugak aku dan kawan aku ke Pulau Perhentian Kecil ni. Perjalanan kami ke sini agak mencabar. Sebab, masalah pada tiket bas. Entri aku sebelum ni ada mention pasal tiket kami ke Kota Bharu, tapi dekat Machang tukar bas ke Kuala Besut. Masalah lain timbul. Ejen yang jual tiket dekat kami takde. Orang dekat kaunter tiket pun xde. Mau xmenggelabah dan cuak 3.0 sekejap. Sebabnya, bila cakap dekat driver bas dia xtau menau dan dia xnak terlibat. What? Kami nak pergi ni. Xkan kami xjadi pergi pulak? Kawan dah booked tempat. Damn!damn!damn!
Alih2, orang tu ckp mcm ni. Saya cuba la yang terbaik. Worst come to worst, kami akan ke Kuala Besut dari Kota Bharu la. bajet sah2 dah lari. Seronok gak sebenarnya. At least mencabar. Dan menjadi pengajaran. Lepas ni, nak beli tiket bas awal2. Sebulan awal lebih baik.(macam Ada niat nak pergi lagi je ni?) hehehehe....Sampai di satu perhentian ni, kami stop. Aku turun gak, untuk solat dan buang air kecil sikit. Takde la dalam bas seksa. Nasib baik la ada iPad , xde la bosan sangat. Boleh main iPad sampai mengantok. Baru tidur. Owh ye, dekat Merapuh (spelling) aku nyaris nak kena tinggal bas. Siot je driver bas tu.grrr...Dia boleh tak check penumpang. Mcm tu je. Nasib baik la aku bernasib baik sangat2. After that, sambung tidur. Hati aku pun nekad, sampai Kota Bharu cari bas ke Kuala Besut. Sampai Machang je, driver tu menjerit2. "Kuala Besut, Kuala Besut!!!" kami pun terjaga. Dia cakap, nasib kami baik sebab ada bas. Kalau tak, melayang la duit kami.huhuhuhu.(terima kasih pakcik)...
Driver bas ke Kuala Besut ni pun ckp. Kami bernasib baik sebenarnya. Sebabnya, 3 org dlm bas dia nak ke mana tah. Memang kena lalu kalau nak ke Machang. Kalau tak, dia tak lalu. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan kami diberkati. Borak2 dengan pakcik ni, banyak gak yang kami borak. Pakcik ni, di dah jadi driver(lori,bas,teksi) 20 tahun. Hamik ko! Zaman sebelum ada bas mini lagi. Dia kerja kat KL. pastu pindah2 la tempat kerja, sampai la yang dia bawak semalam. Bas apa, aku tak ingat.
Credits pasal anak dia. Dia ada 9 orang anak! Hamik ko sekali lagi!9 beb,..9 orang. Hebat pakcik ni. Yang sulung sampai ke 4 perempuan, 5 sampai 8 lelaki dan yang bongsu perempuan. Yang sulung tu baru je kerja. Eh apa citer pasal pakcik ni.huhuhu..kembali kepala topik asal.
So, ,kami sampai ke destinasi dalam pukul 6:30 macam tu la. more or less. Terima kasih banyak2 kepada pakcik dan pemandu bas dari Shah Alam. Tanpa kalian, kami tak kan berada di sini....
Sampai je, bot nak ke Pulau Perhentian xde lagi. Pukul 7 paling awal. Nak call orang yang Aini suggest macam xkena je. Awal sangat. So, kami ronda2 la sekitar Kuala Besut nya jeti. Dalam pukul 7 lebih, dah nampak boat2 menuju ke pulau. Niat nak breakfast kami tahan dulu. Sebabnya, aku sakit perot. Tak lapar mane pun. Dekat kedai pakcik yang punya toilet ni lah aku beli tiket boat pulak,murah dia bagi.RM65 pergi balik. Campur marine life RM 5. So total sorang2 masing2 dalam RRM70 la.ok la kan?hehehe...Dalam bot, kami duduk bahagian depan.perjalanan mengambil masa 45 minit jugak la. Bertolak dari jeti pukul 8:15 pagi sampai dalam pukul 9:00 pagi. Aini call aku memanjang tanya kat mane.
Aku da sampai dah.huhuhu. First thing first, pergi cari D' Rock Garden punya kaunter. Nak check in. Aini dah tunggu dah kat atas bukit. Bilik dia sea view.damn! Aku sampai2 Tanya kat kaunter, tunggu lagi sejam. Sebab nak bersihkan bilik. Masuk la bilik aini dulu.
Letak beg, then pergi breakfast! Sedap gak makan dekat Panorama apa tah.hehehe. Aku makan omelette, shireen makan muesli with fruits and milk and aini makan set E which banyak giler! Hehehe. Lepas break fast dah almost 12. Lama gak lepak kat kedai tu. almost lunch dah. Aini nak g turtle bay divers. Dia nak dive lagi hari ni. Damn!mentang2 Ada lesen. Ko tunggu! Nanti aku nya dive log byk Dari ko!hahahaha.... Aku follow dia ke situ, tanya kalau nk dive berapa. Kalau D.S.D ( Discovery Scuba Diving) cost about RM200. Hurm....55 minit dalam air. Bincang dengan kawan, dia pun cakap. Rugi tak buat. Hehehe.nasib baik aku bawah sen lebih. So, kami decide nak amik je D.S.D tu. pukul 2.15 ptg kami datang balik ke turtle Bay Divers. Kami punya instructor sangat hot. Kalau aku perempuan, haishh...xtau la..Nama dia Gus Casbie. Age 23. Nak tengok gambar dia? Nanti aku upload sekali.hehehe.
About 30 minutes of briefing, basic things actually but very important to all divers. Kami di bawa ke air. Dengan tank di badan berat tan berapa tah. Tapi sangat berat la. apa yang diajar teori tadi, kami kena praktikkan. Alhamdulillah. Semuanya okay bagi kami. Sedar tak sedar, kami da ada di tempat yang sangat dalam. Pastu, nak balance kan badan(neutral bahasa si Gus) sangat susah. Dgn nk bernafas lagi.tenggelamkan badan lagi.tengok ikan lagi. Tapi, apa yang pasti,...scuba diving memang menyeronokkan. Memang aku plan nak amik open water or advance open water license, tapi lepas try DSD ni buat kan aku punya niat tu seperti harus dicepatkan.kami jumpa ikan yg suka sondol2 orang, aku Siap kena gigit dengan ikan apa tah.dalam air, kami bercakap guna symbol. Which is so cool! We even saw Sting Ray, Puffer fish. Sooooooooo big that puffer fish. Trigger fish, kami cepat2 lari. Clown Fish, so cute. Snapper fish. A school of em'. Banyak la...coral lagi. So beautiful!!! Tak terkata. Aku sangat2 bersyukur sebab berkesempatan untuk merasa diving under water. Korang yang pergi, kena try!seriously! Gambar kami dalam air takde. Tapi dengan swim suit tu Ada la. next time aku Akan beli underwater camera. Just for this thing!hehe.once u try scuba diving, snorkelling dah tak best!hihihihi....we finished around 5 something. We even told our hot instructor that we don't want to go up!hehehe...but too bad. Owh yes, while diving, you will felt so thirsty!!! I mean seriously thirsty! Aku tak tau macam mane nak buat.
Too bad, kami kena habis kan jugak. Kena balik gak. And yang paling best! Kami dapat sijil! A certificate! Certification of Recognition of completing Introduction Scuba Diving. Aini pun dah balik time tu. Dari Sugar Ship Rack. Best dia cakap. Aku sangat jealous! Dia dapat pergi banyak tempat! Hehehe. Lepas tu, kami lepak jap dekat Turtle Bay Divers. Sampai da boring, baru g mandi laut lagi. Shireen n Aini boleh apungkan badan! Baring n terapung. Aku buat je tenggelam. Buat je tenggelam. Apa berat sangat ke lower body aku ni?grrr.. Syok je tengok dorang baring atas air.badan dah semakin penat. So, kami pun nak balik sebab nak layan BBQ malam ni.hihihi...
Lepas makan, aini Ajak lepak dgr band. Aku dah mengantok, dia pulak ajak lepak. Lepak pun lepak lah. Kawan kan? Hehehe. Tunggu punya tunggu, xde.Aini dah cakap, kalau pukul 10:45 mlm dorang start lagi, kita gerak tempat shisha plak. Elok je 10:45, dorang start. Aku dah seronok dah, Aini nak gerak. Tapi xjadi. Layan kejap lagu. Tapi slow. Lagi la mengantok. Aku dah tersengguk2 dah. Aku rasa, Aini kesian tengok aku kot dia ajak lepak kat tempat shisha. Situ Ada tikar, boleh baring. Sambil melayan shisha, di tepi pantai.woot2.. Aku memang dah tersengguk2, tempat tu plak, penuh! Damn! Aini suruh aku pergi beli tikar. Sebab aku mengantuk, aku pun turutkan je. At least bila berjalan, segar la sikit kan? Tikar kecik je, cost RM10. Dah beli tikar, aku hamper terus baring. Hahaha. Ngantok giler kot. Tapi yang xbestnya, bila da baring ni la xdpt tido. Terkebil2 aku kira bintang. Bila kira2 tu, aku dapat rasa angin sejuk semacam. Aini confident je ckp tak hujan. Semalam angin mcm ni jugak. Tapi x hujan. Aku berkeras ajak Aini balik. Dia pun mcm keberatan je, mcm " menagada2 arr Ben ni". Tapi aku berkeras gak. Aku yakin, sekejap lagi mesti hujan lebat giler.Sampai je bilik, aku xde gar apa dah. Hanya bunyi air kena atap bilik aku, kilat sabung-menyabung and guruh berdentum-dentum. Aku dah cakap, mesti lebat giler hujan. Siap call lagi cakap, " In your face!" hahahaha... Aku ni boleh jadi pakar ramalan cuaca la.hehehe..... So,..itu saje untuk hari ni. Aku nak Tido dulu semua. Esok lagi mencabar dan lebih menyeronokkan. Ye lah, nak snorkelling katakan.heheheh... Peace! One love!


