Wednesday, 25 April 2012

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian. Yup. Itu lah destinasi yang akan aku pergi Jumaat malam akan datang ni. Mengira hari, jam, minit dan saat menantikan waktu dengan tak sabar2. Bukan apa...perancangan nak ke sini(Pulau Perhentian ) dah lama sangat dah.rasanya dari aku memula masuk belajar uitm dulu. Amik diploma.sampai la, la ni.tak pergi2. MasalahkKewangan menjadi salah satu daripada puncanya aku xpergi2. Aku bukannya orang senang Dari keluarga berada yang kaya raya. Yang anak baru pergi belajar dah beli kan kereta mahal2. Kononnya sayang anak. Bagi aku, sayang anak bukan dengan cara memberi. You must teach them how to earn it. Bagi aku la. ok dah terkeluar dari topic. Berbalik kepada topik asal, ke Pulau Perhentian. Syukur Alhamdulillah. Berkat dgn rezeki yang diberikan daripadanNya, aku dapat kumpul duit nak ke Pulau Perhentian ni. Pulau Perhentian ni ada dua pulau. Pulau Perhentian Kecil and Pulau Perhentian Besar. Yang aku Pergi ialah, Pulau Perhentian Kecil. Kos perbelanjaan termasuk semua, tempt tinggal,makan, hiburan bajet aku ialah RM500. InsyaAllah cukup...alamak.mengantok la...esok Sambung balik ok?assalamualaikum. Ok guys! Assalamualaikum dan selamat pagi. Aku Sambung balik entri ringkas aku hari ni. Semalam mengantok yang amat, so nak menulis pun merapu meraban. Ok, aku Akan bertolak ke Pulau Perhentian Kecil ni malam esok. tiket dah beli dah. Lucky me. Sebenarnya tiket dah habis. Tapi mcm mane tah. Boleh dapat balik kan? Anehnya aku ni. Sibuk beli tiket balik. Own ye, aku plan pergi Jumaat malam and sampai shah alam balik selasa pagi. Lama tak? Mmg la. dah kata bercuti. Menenangkan perasaan. So bila dah beli tiket balik, aku bingung. Mane nk cari tiket pergi. Nasib baik brother sorang ni, baik hati la. kalau tak, Sah aku g sana sendiri. Tahan kereta tepi jalan ke kan?tapi cara gak mcm tu ek?next time la aku buat.huhuhu. Gambar2 menarik kasi bakar korang sikit Akan aku upload kan sekejap lagi. So bersabar eh? Ramai yg cakap, heaven on earth. Nak gak tgk kan? Betul ke?huhuhu.... Ok la.till fingers meet this iPad again. Time to go to work. Assalamualaikum wbt. Peace y'all V^^,V

Thursday, 19 April 2012

My new baby

It's been a while.
Two months already.
And now I got the time to mengarut2.
Al-maklumlah....dah dua Minggu ak
Ada iPad 2 ni. Tapi bukan 3G+wi fi. Tp aku amik wifi je.64GB.
Amik kau! Habis besar la aku amik.
Kira okay la.aku dpt harga murah Dari biasa.beze skit je, tapi still aku rasa berbaloi.
Dripada duit bonus aku habis untuk makan je,..baik aku beli something untuk hadiah. kat diri aku.sebulan jugak aku usha, riki, kaji pasal iPad 2 ni.
Worth it ke beli? Apa yg aku nk guna untuk online nanti?
Kat rumah bukan ada internet.
Banyak la.but end up, aku beli jugak.
And aku rasa bersyukur dapat beli benda ni.
Aku dapat main game. Surf Internet. And now, blogging.hehehe. Wherever I want as long as there is Internet connection.at least, time supervised budak2 buat kerja,aku xdelah menonong je.hehehe.after this, bole la aku update pasal trip aku ke nears gajah Putih. Dh bersawang dah.hahaha....nanti aku upload gamble sikit2.
Well, guys aku dah mengantok. It's 23:23 already.
So I need to to sleep right now.
Till fingers meet this iPad again.
Assalamualaikum wbt.


Thursday, 16 February 2012

Trans Java

Alhamdulillah.selepas seharian aku berhempas pulas..
mengadap skrin komputer dari pagi di pejabat,..sampai lah di rumah.....guna pc Nan dan Nan punya broadband(thank you brother).
akhirnya tiket 2nd journey aku untuk tahun ini telah berjaya aku tempah.
dengan adanya Big Sale yang ditawarkan oleh Air Asia, laman web tersebut sangatlah sibuk.
tapi berkat kesabaran dan doa, Alhamdulillah aku berjaya.but,...
apa orang asli cakap?
"you sacrifice something to get something"(lebih kurang kot)
so aku korbankan tidur aku yang cukup untuk tiket ni.

journey aku yang seterusnya..ialah ke Jawa, Indonesia pada bulan November nanti.
hehehe..lambat lagi.jangan risau.sempat lagi nak join sekali.
tapi aku prefer travel sorang.walaupun takut gak,..tapi aku selesa travel sorang. biarlah susah nak ambik gambar ke apa, xdapat nak share tuk-tuk ke.tapi aku selesa.aku belajar mengenal erti kehidupan, di negara orang seorang diri.tanpa bantuan.
aku berdikari mencari sesuatu.

journey aku kali ni mengambil masa selasa 9 hari. from 10 November - 18 November 2012.
so,.doa2kan keselamatan aku di sana.
owh ya..lupa aku baru je 2 ke 3 minggu balik dari bangkok...dah bangkok kena letup dengan bom oleh pengganas.hurm......semuanya Allah yang tentukan..
aku bersyukur selamat berada di Malaysia waktu kejadian tu berlaku,..
cuma aku kesian pada mangsa2 yang terkorban dan tercedera di sana......

ok lah..papehal pun....selamat mengembara kengkawan...


Java Transportation Network id.svg
ni la pelan Jawa.besarkan?aku tak tau sempat ke tak nak redah semua ni.dalam masa 9 hari.gulp.....Ya Allah...tolonglah hambaMu ini....

Friday, 10 February 2012

Kongsi @ Desa ParkCity

Hari ni aku sempat menulis sikit.walaupun kerja ofis aku sangat banyak.bila nak siap aku pun tak tahu.manager aku dah mintak dari minggu lepas.damn!!!!
hari ni kerja ofis aku terpaksa tangguh sebab ada mission penting hari ni.
merobohkan rumah kongsi haram di Desa ParkCity.

Operasi merobohkan bermula pada jam 10 pagi. kul 12:30 rehat, lepas lunch dorang sambung balik la.aku solat jumaat tadi. so lepas lunch aku takde kat situ la.aku tk tau pukul berapa dorang start balik. aku bg gmbar2 dia korang tgk ok?


ni pagi tadi. masih ada lagi.orangnya dah takde, tapi rumahnya ada lagi.dorang ingat xde roboh2 kot.sebab tu dorang biar cantiknya. kan.baik je...

ni tgh merobohkan la ni.korang tgk.isk3...
atpi aku rasa jahat gilar hari ni.menghalau orang dari rumah mereka...
ada gak yang tak nak keluar.
ada yang cakap xbagi notis pun.
kalo budak kecik boleh la ko kencingkan...
ni ofis aku dah bg notis dr bulan november kot. last week tiap2 hari dtg sini inform. semalam pun dtg lagi bg tau....tak yah nk kencing la kan...


atas bukit tu.parkcity height.korang ada?

robot transformers tolong.siap la korang

masih lagi merobohkan....

ops.disebabkan ada masalah dengan internet ofis aku ni, aku tak dapat nak upload gambar dah.dari semalam lembap semacam jek.apa masalahnya tah aku pun tak tau.adoi la pun...
Alhamdulillah, xde masalah2 yang kami hadapi.penduduk yang tinggal dekat kongsi ni takde yang mengamuk.hopefully tak de la kan.mane tau malam nanti jadi mangsa ke.sape tau.
tapi, ajal maut di tangan ALLAH...

so.inilah kerja aku hari ni.melihat orang merobohkan rumah Kongsi di Desa ParkCity...

Wednesday, 8 February 2012

Mengembara di negara Gajah Putih, Thailand

disebabkan internet di rumah masih belum ada, so untuk aku update blog aku agak susah.ni pun aku curi masa lunch kejap.tak boleh nak update sangat.nanti aku akan ceritakan pengalaman aku mengembara seorang diri di bumi Thailand ni. sabar ye. ;)
owh lupa, aku pergi sini selama seminggu. travel seorang diri.
dari 22hb january - 28hb January 2012.
first time travel sorang2.nebes beb..


sedikit gambar dimasukkan dulu.sorry tak clear.
nak cepat.hahaha.sebenarnya aku sesat dalam airport ni.

Suvarnhabhumi Airport. amacam?

tak berbelit lidah nak baca benda ni?adoi...

ok lah.nanti papehal aku sambung cerita ni ok?

Thursday, 5 January 2012

Ya Allah,...jadikanlah aku hambaMu yang sabar

Mereka kutuk dan maki macam2 pada aku. Aku dapat pahala Free tanpa disedari, mereka pula dapat dosa besar. Suatu hari mereka akan menyesal, namun sesalan mereka tidak akan diterima selagi mereka tidak diampunkan oleh aku. Kesian golongan2 munafik ini...

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Saturday, 26 November 2011




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. :) lama sungguh tiada khabar berita dari blog ni. ;) senyap diam seribu bahasa.bukan kerana apa, terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk update blog ni. ;) lagipun sape je yang bace blog ni. ;) selain dr kawan2 aku.itu pun kalo baca.hehehe.

so sempena masuk tahun baru ni, aku nk ucapkan kepada korang semua pembaca2 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. dengan ini di harap kita semua berhijrah la kepada yang lebih baik dari semalam, dari tahun lepasa dan tahun2 berikutnya. mane yang keruh kita jernihkan, mane yang dah jernihkan, kekalkan kejernihanya jangan lah kita keruhkan. ;) InsyaAllah.

Di hari yang mulia ni, aku berkesempatan nak update blog bukan apa, sebab aku kerja esok pagi 27hb November 2011 pukul 3 pagi.kena ada d ofis sebab ada program. ParkCity Run. kami hanya penganjur yang menyediakan tempat sahaja.so kami kena la ada di sini memantau apa2 yang terjadi kat parkcity nanti xde la kami susah sgt.nanti tak jaga tiba2 ada aduan,..nah...sebijik. bila kita tahu apa jadi, bil aada aduan kita boleh jawab balik. so memandangkan hari ni pun aku kerja, halday n petang td lawan bola, so aku decide untuk stay office terus je la.better,xdela aku nk balik shah alam, pastu kol 2 pagi gerak balik ke ofis ni.jauh kot.kalo kereta ok gak.itu pun tak pasti aku dtg kol 3 pagi. :p so to play safe, better aku stay je kat office ni.kan?tapi tu lah, keseorangan.boring, melayan movie sorang2 di ofis.sambil menunggu jam 3 pagi.adoi yai.
tanggungjawab la katakan, ;)

so, korang apa plan tahun baru ni?apa azam?azam tahun lepas berjaya ke tak?ke gagal mcm tahun2 biasa? :p takpe, dgn adanya azam, kita akn berusaha untuk capai.sekurang-kurangnya kita ada target.xde la hidup kita ni tanpa arah.walaupun kadang2 aku suka jugak hidup tanpa arah ni.tgk je ke mana flow ni bawak aku. "let it be", follow the wind. mcm2 lah. tp susah bila ada orang bergantung pada kita.kalo mmg hidup sorang diri, xde family, xde kawan2 ok rasanya hidup tanpa arah ni.kan?

kepada kawan2 yang nk beranak terutamanya Dee, sabar ok sis?aku tau ko brapa hari je lagi.sabar k?semoga ko selamat hendaknya.tak sangka aku kawan aku ni nk beranak dah.tunggu aini je lagi.bila la ko nk kawin aini.hehehe.jgn jadi andartu sudah la ko aini.
kepada kwn yang sudah beranak, hurm..tahniah diucapkan.semoga kamu hidup bahagia bersama anak dan terus lah membuat anak lagi.hehehe.

sekarang aku rasa aku semakin merapu,apa yang aku tulis ni da takde kaitan dengan Maal Hijrah, tapi xpelah.sebab da lama sangat tak menaip kan?so apa dehal.hehe..
owh yes, lupa nk ckp..InsyaAllah, family aku dipindahkan ke Sarawak balik.end of this year.my dad naik pangkat lagi.tap itu tunggu surat kata Bonda tercintaku.mula2 dpt tau berita ni, aku gembira bercampur sedih n sebak.
gembiranya sebab ayah aku naik pangkat la.sape xgembira kan?tahniah pa. ;) u deserved it!
sedihnya..aku xde peluang nk jumpa mak ayah aku weekly lagi.or bila masa aku rindu aku tak leh jumpa dorang selalu dah. aku menangis dalam hati.mengenangkan dorang. yes, my parent dah tua.semakin tua.aku nampak muka mak n ayah aku.anytime je ALlah boleh amik nyawa dorang.what if one of em' xde bil adorang di sarawak.when i'm not with them?gosh...aku xnak tu.mak ayah.jgn tinggalkan Amy lagi.byk lagi amy nk buat untuk balas jasa mak ngn ayah. ;(
mode sedih la pulak...hurm..Ya Allah ya Tuhanku,...Kau panjangkanlah umur ibu bapaku.berikan mereka tubuh badan yang sihat.ampunilah segala dosa2 mereka ya ALlah.berilah aku pleuang untuk membalas jasa2 mereka kepadaku. amin.

kawan2...semoga kita berjumpa lagi di post berikutnya.(tah bila la tu.InsyaAllah bila panjang umur.Amin)

Assalamualaikum.