Thursday, 16 February 2012

Trans Java

Alhamdulillah.selepas seharian aku berhempas pulas..
mengadap skrin komputer dari pagi di pejabat,..sampai lah di rumah.....guna pc Nan dan Nan punya broadband(thank you brother).
akhirnya tiket 2nd journey aku untuk tahun ini telah berjaya aku tempah.
dengan adanya Big Sale yang ditawarkan oleh Air Asia, laman web tersebut sangatlah sibuk.
tapi berkat kesabaran dan doa, Alhamdulillah aku berjaya.but,...
apa orang asli cakap?
"you sacrifice something to get something"(lebih kurang kot)
so aku korbankan tidur aku yang cukup untuk tiket ni.

journey aku yang seterusnya..ialah ke Jawa, Indonesia pada bulan November nanti.
hehehe..lambat lagi.jangan risau.sempat lagi nak join sekali.
tapi aku prefer travel sorang.walaupun takut gak,..tapi aku selesa travel sorang. biarlah susah nak ambik gambar ke apa, xdapat nak share tuk-tuk ke.tapi aku selesa.aku belajar mengenal erti kehidupan, di negara orang seorang diri.tanpa bantuan.
aku berdikari mencari sesuatu.

journey aku kali ni mengambil masa selasa 9 hari. from 10 November - 18 November 2012.
so,.doa2kan keselamatan aku di sana.
owh ya..lupa aku baru je 2 ke 3 minggu balik dari bangkok...dah bangkok kena letup dengan bom oleh pengganas.hurm......semuanya Allah yang tentukan..
aku bersyukur selamat berada di Malaysia waktu kejadian tu berlaku,..
cuma aku kesian pada mangsa2 yang terkorban dan tercedera di sana......

ok lah..papehal pun....selamat mengembara kengkawan...


Java Transportation Network id.svg
ni la pelan Jawa.besarkan?aku tak tau sempat ke tak nak redah semua ni.dalam masa 9 hari.gulp.....Ya Allah...tolonglah hambaMu ini....

Friday, 10 February 2012

Kongsi @ Desa ParkCity

Hari ni aku sempat menulis sikit.walaupun kerja ofis aku sangat banyak.bila nak siap aku pun tak tahu.manager aku dah mintak dari minggu lepas.damn!!!!
hari ni kerja ofis aku terpaksa tangguh sebab ada mission penting hari ni.
merobohkan rumah kongsi haram di Desa ParkCity.

Operasi merobohkan bermula pada jam 10 pagi. kul 12:30 rehat, lepas lunch dorang sambung balik la.aku solat jumaat tadi. so lepas lunch aku takde kat situ la.aku tk tau pukul berapa dorang start balik. aku bg gmbar2 dia korang tgk ok?


ni pagi tadi. masih ada lagi.orangnya dah takde, tapi rumahnya ada lagi.dorang ingat xde roboh2 kot.sebab tu dorang biar cantiknya. kan.baik je...

ni tgh merobohkan la ni.korang tgk.isk3...
atpi aku rasa jahat gilar hari ni.menghalau orang dari rumah mereka...
ada gak yang tak nak keluar.
ada yang cakap xbagi notis pun.
kalo budak kecik boleh la ko kencingkan...
ni ofis aku dah bg notis dr bulan november kot. last week tiap2 hari dtg sini inform. semalam pun dtg lagi bg tau....tak yah nk kencing la kan...


atas bukit tu.parkcity height.korang ada?

robot transformers tolong.siap la korang

masih lagi merobohkan....

ops.disebabkan ada masalah dengan internet ofis aku ni, aku tak dapat nak upload gambar dah.dari semalam lembap semacam jek.apa masalahnya tah aku pun tak tau.adoi la pun...
Alhamdulillah, xde masalah2 yang kami hadapi.penduduk yang tinggal dekat kongsi ni takde yang mengamuk.hopefully tak de la kan.mane tau malam nanti jadi mangsa ke.sape tau.
tapi, ajal maut di tangan ALLAH...

so.inilah kerja aku hari ni.melihat orang merobohkan rumah Kongsi di Desa ParkCity...

Wednesday, 8 February 2012

Mengembara di negara Gajah Putih, Thailand

disebabkan internet di rumah masih belum ada, so untuk aku update blog aku agak susah.ni pun aku curi masa lunch kejap.tak boleh nak update sangat.nanti aku akan ceritakan pengalaman aku mengembara seorang diri di bumi Thailand ni. sabar ye. ;)
owh lupa, aku pergi sini selama seminggu. travel seorang diri.
dari 22hb january - 28hb January 2012.
first time travel sorang2.nebes beb..


sedikit gambar dimasukkan dulu.sorry tak clear.
nak cepat.hahaha.sebenarnya aku sesat dalam airport ni.

Suvarnhabhumi Airport. amacam?

tak berbelit lidah nak baca benda ni?adoi...

ok lah.nanti papehal aku sambung cerita ni ok?

Thursday, 5 January 2012

Ya Allah,...jadikanlah aku hambaMu yang sabar

Mereka kutuk dan maki macam2 pada aku. Aku dapat pahala Free tanpa disedari, mereka pula dapat dosa besar. Suatu hari mereka akan menyesal, namun sesalan mereka tidak akan diterima selagi mereka tidak diampunkan oleh aku. Kesian golongan2 munafik ini...

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Saturday, 26 November 2011




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. :) lama sungguh tiada khabar berita dari blog ni. ;) senyap diam seribu bahasa.bukan kerana apa, terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk update blog ni. ;) lagipun sape je yang bace blog ni. ;) selain dr kawan2 aku.itu pun kalo baca.hehehe.

so sempena masuk tahun baru ni, aku nk ucapkan kepada korang semua pembaca2 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. dengan ini di harap kita semua berhijrah la kepada yang lebih baik dari semalam, dari tahun lepasa dan tahun2 berikutnya. mane yang keruh kita jernihkan, mane yang dah jernihkan, kekalkan kejernihanya jangan lah kita keruhkan. ;) InsyaAllah.

Di hari yang mulia ni, aku berkesempatan nak update blog bukan apa, sebab aku kerja esok pagi 27hb November 2011 pukul 3 pagi.kena ada d ofis sebab ada program. ParkCity Run. kami hanya penganjur yang menyediakan tempat sahaja.so kami kena la ada di sini memantau apa2 yang terjadi kat parkcity nanti xde la kami susah sgt.nanti tak jaga tiba2 ada aduan,..nah...sebijik. bila kita tahu apa jadi, bil aada aduan kita boleh jawab balik. so memandangkan hari ni pun aku kerja, halday n petang td lawan bola, so aku decide untuk stay office terus je la.better,xdela aku nk balik shah alam, pastu kol 2 pagi gerak balik ke ofis ni.jauh kot.kalo kereta ok gak.itu pun tak pasti aku dtg kol 3 pagi. :p so to play safe, better aku stay je kat office ni.kan?tapi tu lah, keseorangan.boring, melayan movie sorang2 di ofis.sambil menunggu jam 3 pagi.adoi yai.
tanggungjawab la katakan, ;)

so, korang apa plan tahun baru ni?apa azam?azam tahun lepas berjaya ke tak?ke gagal mcm tahun2 biasa? :p takpe, dgn adanya azam, kita akn berusaha untuk capai.sekurang-kurangnya kita ada target.xde la hidup kita ni tanpa arah.walaupun kadang2 aku suka jugak hidup tanpa arah ni.tgk je ke mana flow ni bawak aku. "let it be", follow the wind. mcm2 lah. tp susah bila ada orang bergantung pada kita.kalo mmg hidup sorang diri, xde family, xde kawan2 ok rasanya hidup tanpa arah ni.kan?

kepada kawan2 yang nk beranak terutamanya Dee, sabar ok sis?aku tau ko brapa hari je lagi.sabar k?semoga ko selamat hendaknya.tak sangka aku kawan aku ni nk beranak dah.tunggu aini je lagi.bila la ko nk kawin aini.hehehe.jgn jadi andartu sudah la ko aini.
kepada kwn yang sudah beranak, hurm..tahniah diucapkan.semoga kamu hidup bahagia bersama anak dan terus lah membuat anak lagi.hehehe.

sekarang aku rasa aku semakin merapu,apa yang aku tulis ni da takde kaitan dengan Maal Hijrah, tapi xpelah.sebab da lama sangat tak menaip kan?so apa dehal.hehe..
owh yes, lupa nk ckp..InsyaAllah, family aku dipindahkan ke Sarawak balik.end of this year.my dad naik pangkat lagi.tap itu tunggu surat kata Bonda tercintaku.mula2 dpt tau berita ni, aku gembira bercampur sedih n sebak.
gembiranya sebab ayah aku naik pangkat la.sape xgembira kan?tahniah pa. ;) u deserved it!
sedihnya..aku xde peluang nk jumpa mak ayah aku weekly lagi.or bila masa aku rindu aku tak leh jumpa dorang selalu dah. aku menangis dalam hati.mengenangkan dorang. yes, my parent dah tua.semakin tua.aku nampak muka mak n ayah aku.anytime je ALlah boleh amik nyawa dorang.what if one of em' xde bil adorang di sarawak.when i'm not with them?gosh...aku xnak tu.mak ayah.jgn tinggalkan Amy lagi.byk lagi amy nk buat untuk balas jasa mak ngn ayah. ;(
mode sedih la pulak...hurm..Ya Allah ya Tuhanku,...Kau panjangkanlah umur ibu bapaku.berikan mereka tubuh badan yang sihat.ampunilah segala dosa2 mereka ya ALlah.berilah aku pleuang untuk membalas jasa2 mereka kepadaku. amin.

kawan2...semoga kita berjumpa lagi di post berikutnya.(tah bila la tu.InsyaAllah bila panjang umur.Amin)

Assalamualaikum.

Friday, 23 September 2011

takde kerja..hehe

i) PILIH BULAN KELAHIRAN ANDA :
Januari - Aku bogel dengan
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk kuat2 dekat
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi lombong dengan
September - Aku lempang dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku sepak

ii) PILIH NOMBOR HARI JADI ANDA :
1 - Penagih dadah
2 - Komputer aku
3 - Cikgu
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Nicole David
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Juliana Evans
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) PILIH WARNA BAJU YANG ANDA PAKAI SEKARANG :
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

#Kongsi jawapan anda buat ayat tau? Selamat mencuba hihi :D

Thursday, 1 September 2011

Salam Aidilfitri 2011


Syawal datang lagi..bermakna Ramadhan telah berlalu pergi...
sedih rasa hati....adakah aku berkesempatan untuk menikmati keindahan Ramadhan lagi pada tahun hadapan? paNjangkah umurku untuk ku kecapi nikmat Ramadhan???
(sambil mendengar muzik rancangan radio Jazz di astro aku menulis blog aku)
tenang aku rasa..alunan gitar,saksofon, dan banyak lagi la...aku mmg minat lagu2 macam ni...di tgh pagi...berseorangan..mengadap lampu2 neon di luar.....
ya...mmg sepatutnya mendengar lagu raya....tapi,...hatiku ingin mendengar jazz music malam ni.....

Lama juga tidak aku coretkan kata2 yang merapu di dalam laman siber ini. Alhamdulillah, aku masih bernyawa,...di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut hari kejayaan kami semua sebagai umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri....
Berbeza dgn tahun lepas yang penuh dengan kekecewaan dan kedukaan,....tahun ini aku sudah semakin gembira....Insyaallah....aku pun sudah bekerja...
aku merasa membeli semuanya dgn keperluan ku sendiri..
aku membayar zakat fitrah sendiri...
aku memberi sedikit kepada ibu bapaku dan ahli keluargaku...walau tidak sebanyak mane...tp aku bersyukur...bersyukur ke hadrat Ilahi.....aku berkesempatan untuk berbuat demikian...
kita tidak tahu bila ajal akan tiba....sementara aku masih mampu.biarlah aku cuba untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak dan abang.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri wahai Ibu bapa ku yang tercinta, adik-adikku yang d sayangi, sahabat2 dan musuh2......di hari yang mulia ini...
Ampunkan segala dosa-dosa yang telah ku lakukan terhadap kalian selama perkenalan kita semua...
Samada dalam keadaan sedar mahupun tidak....
ku susun sepuluh jari memohon maaf..........dari hujung rambut ke hujung kaki...dari utara ke selatan...dari timur ke barat...dari bulan ke matahari......dari langit ke bumi.....
SIla ampunkan segala dosa2 ku..
Halalkan lah segala makan minumku.....
buangkanlah segala dendam didalam hatimu....
agar kita boleh bersatu.menjadi muslim yang sejati...tidak berpecah belah.... Insyaallah.....

berbeza juga dgn tahun lepas,...raya pada tahun ini di sambut bersama dgn Hari Kemerdekaan kita yg k;54!!!54 kawan2...sahabat2....tetapi..adakah kita betul2 sudah merdeka?fikir2kan...ya?
banyak perjuangan kita sudah tersasar jauh....menyimpang...kalo orang putih ckp dah tak straight dah... :p (best lak lagu ni isk...)

sekarang sudah pukul 3:32 AM...and aku masih belum tidur...
kepala da berat.mata dah mengantok.......kenapa aku masih bellum tido?
sebab xde org dodoikan...aku teringin sangat nak ada orang dodoikan aku....
siapakah yang malang tu ek? :p heheh...

ok la guys.. i really need to sleep.dah melampau sgt dah aku menguap ni...bila ad amasa lagi aku cuba untuk menaip dgn aman sambil dgr Jazz music...
Sekali lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri n Selamat Merdeka!!!!