Monday, 29 October 2012

Pulau Perhentian - Day 1

Assalamualaikum semua. Bersawang2 dah rumah ni. seperti yang dijanjikan aku nak masukkan cerita aku g Pulau Perhentian Kecil bulan April hari tu. gila dah October baru nak masukkan...ehehehe.. so..sesapa nk g sana boleh la tanya apa2 ke. ;) happy reading



Alhamdulillah, selamat sampai jugak aku dan kawan aku ke Pulau Perhentian Kecil ni. Perjalanan kami ke sini agak mencabar. Sebab, masalah pada tiket bas. Entri aku sebelum ni ada mention pasal tiket kami ke Kota Bharu, tapi dekat Machang tukar bas ke Kuala Besut. Masalah lain timbul. Ejen yang jual tiket dekat kami takde. Orang dekat kaunter tiket pun xde. Mau xmenggelabah dan cuak 3.0 sekejap. Sebabnya, bila cakap dekat driver bas dia xtau menau dan dia xnak terlibat. What? Kami nak pergi ni. Xkan kami xjadi pergi pulak? Kawan dah booked tempat. Damn!damn!damn!

 Alih2, orang tu ckp mcm ni. Saya cuba la yang terbaik. Worst come to worst, kami akan ke Kuala Besut dari Kota Bharu la. bajet sah2 dah lari. Seronok gak sebenarnya. At least mencabar. Dan menjadi pengajaran. Lepas ni, nak beli tiket bas awal2. Sebulan awal lebih baik.(macam Ada niat nak pergi lagi je ni?) hehehehe....Sampai di satu perhentian ni, kami stop. Aku turun gak, untuk solat dan buang air kecil sikit. Takde la dalam bas seksa. Nasib baik la ada iPad , xde la bosan sangat. Boleh main iPad sampai mengantok. Baru tidur. Owh ye, dekat Merapuh (spelling) aku nyaris nak kena tinggal bas. Siot je driver bas tu.grrr...Dia boleh tak check penumpang. Mcm tu je. Nasib baik la aku bernasib baik sangat2. After that, sambung tidur. Hati aku pun nekad, sampai Kota Bharu cari bas ke Kuala Besut. Sampai Machang je, driver tu menjerit2. "Kuala Besut, Kuala Besut!!!" kami pun terjaga. Dia cakap, nasib kami baik sebab ada bas. Kalau tak, melayang la duit kami.huhuhuhu.(terima kasih pakcik)...

 Driver bas ke Kuala Besut ni pun ckp. Kami bernasib baik sebenarnya. Sebabnya, 3 org dlm bas dia nak ke mana tah. Memang kena lalu kalau nak ke Machang. Kalau tak, dia tak lalu. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan kami diberkati. Borak2 dengan pakcik ni, banyak gak yang kami borak. Pakcik ni, di dah jadi  driver(lori,bas,teksi) 20 tahun. Hamik ko! Zaman sebelum ada bas mini lagi. Dia kerja kat KL. pastu pindah2 la tempat kerja, sampai la yang dia bawak semalam. Bas apa, aku tak ingat.
Credits pasal anak dia. Dia ada 9 orang anak! Hamik ko sekali lagi!9 beb,..9 orang. Hebat pakcik ni. Yang sulung sampai ke 4 perempuan, 5 sampai 8 lelaki dan yang bongsu perempuan. Yang sulung tu baru je kerja. Eh apa citer pasal pakcik ni.huhuhu..kembali kepala topik asal.
 So, ,kami sampai ke destinasi dalam pukul 6:30 macam tu la. more or less. Terima kasih banyak2 kepada pakcik dan pemandu bas dari Shah Alam. Tanpa kalian, kami tak kan berada di sini....

 Sampai je, bot nak ke Pulau Perhentian xde lagi. Pukul 7 paling awal. Nak call orang yang Aini suggest macam xkena je. Awal sangat. So, kami ronda2 la sekitar Kuala Besut nya jeti. Dalam pukul 7 lebih, dah nampak boat2 menuju ke pulau. Niat nak breakfast kami tahan dulu. Sebabnya, aku sakit perot. Tak lapar mane pun. Dekat kedai pakcik yang punya toilet ni lah aku beli tiket boat pulak,murah dia bagi.RM65 pergi balik. Campur marine life RM 5. So total sorang2 masing2 dalam RRM70 la.ok la kan?hehehe...Dalam bot, kami duduk bahagian depan.perjalanan mengambil masa 45 minit jugak la. Bertolak dari jeti pukul 8:15 pagi sampai dalam pukul 9:00 pagi. Aini call aku memanjang tanya kat mane.
antara penumpang dalam boat kami

Aku da sampai dah.huhuhu. First thing first, pergi cari D' Rock Garden punya kaunter. Nak check in. Aini dah tunggu dah kat atas bukit. Bilik dia sea view.damn! Aku sampai2 Tanya kat kaunter, tunggu lagi sejam. Sebab nak bersihkan bilik. Masuk la bilik aini dulu.

counter D'Rock Garden

bilik2 D'Rock Garden

view from my room..pun dapat sea view jugak. Thanks beb.. hehehe

Letak beg, then pergi breakfast! Sedap gak makan dekat Panorama apa tah.hehehe. Aku makan omelette, shireen makan muesli with fruits and milk and aini makan set E which banyak giler! Hehehe. Lepas break fast dah almost 12. Lama gak lepak kat kedai tu. almost lunch dah. Aini nak g turtle bay divers. Dia nak dive lagi hari ni. Damn!mentang2 Ada lesen. Ko tunggu! Nanti aku nya dive log byk Dari ko!hahahaha.... Aku follow dia ke situ, tanya kalau nk dive berapa. Kalau D.S.D ( Discovery Scuba Diving) cost about RM200. Hurm....55 minit dalam air. Bincang dengan kawan, dia pun cakap. Rugi tak buat. Hehehe.nasib baik aku bawah sen lebih. So, kami decide nak amik je D.S.D tu. pukul 2.15 ptg kami datang balik ke turtle Bay Divers. Kami punya instructor sangat hot. Kalau aku perempuan, haishh...xtau la..Nama dia Gus Casbie. Age 23. Nak tengok gambar dia? Nanti aku upload sekali.hehehe.
ni lah si Gus... hot kan???ngeh3....

About 30 minutes of briefing, basic things actually but very important to all divers. Kami di bawa ke air. Dengan tank di badan berat tan berapa tah. Tapi sangat berat la. apa yang diajar teori tadi, kami kena praktikkan. Alhamdulillah. Semuanya okay bagi kami. Sedar tak sedar, kami da ada di tempat yang sangat dalam. Pastu, nak balance kan badan(neutral bahasa si Gus) sangat susah. Dgn nk bernafas lagi.tenggelamkan badan lagi.tengok ikan lagi. Tapi, apa yang pasti,...scuba diving memang menyeronokkan. Memang aku plan nak amik open water or advance open water license, tapi lepas try DSD ni buat kan aku punya niat tu seperti harus dicepatkan.kami jumpa ikan yg suka sondol2 orang, aku Siap kena gigit dengan ikan apa tah.dalam air, kami bercakap guna symbol. Which is so cool! We even saw Sting Ray, Puffer fish. Sooooooooo big that puffer fish. Trigger fish, kami cepat2 lari. Clown Fish, so cute. Snapper fish. A school of em'. Banyak la...coral lagi. So beautiful!!! Tak terkata. Aku sangat2 bersyukur sebab berkesempatan untuk merasa diving under water. Korang yang pergi, kena try!seriously! Gambar kami dalam air takde. Tapi dengan swim suit tu Ada la. next time aku Akan beli underwater camera. Just for this thing!hehe.once u try scuba diving, snorkelling dah tak best!hihihihi....we finished around 5 something. We even told our hot instructor that we don't want to go up!hehehe...but too bad. Owh yes, while diving, you will felt so thirsty!!! I mean seriously thirsty! Aku tak tau macam mane nak buat.
kami bertiga sedang bersiap nak ke air..weheeee....

aini n shireen sibuk bergambar...

Too bad, kami kena habis kan jugak. Kena balik gak. And yang paling best! Kami dapat sijil! A certificate! Certification of Recognition of completing Introduction Scuba Diving. Aini pun dah balik time tu. Dari Sugar Ship Rack. Best dia cakap. Aku sangat jealous! Dia dapat pergi banyak tempat! Hehehe. Lepas tu, kami lepak jap dekat Turtle Bay Divers. Sampai da boring, baru g mandi laut lagi. Shireen n Aini boleh apungkan badan! Baring n terapung. Aku buat je tenggelam. Buat je tenggelam. Apa berat sangat ke lower body aku ni?grrr.. Syok je tengok dorang baring atas air.badan dah semakin penat. So, kami pun nak balik sebab nak layan BBQ malam ni.hihihi...

ni la sijil tu.hehehehe.... nice....

Kami keluar balik lebih kurang pukul 8. Menuju ke destinasi dengan harapan ada kekosongan tempat. Memang rezeki kami, dan rezeki kedai dia. Aku order sting ray, aini barracuda n shireen squid. Yummy. Dah la kepenatan, dapat lak nasik. Memang sah la melantak dengan penuh bernafsu.hihihi...

blur tak tau nak makan apa....heeee.

Lepas makan, aini Ajak lepak dgr band. Aku dah mengantok, dia pulak ajak lepak. Lepak pun lepak lah. Kawan kan? Hehehe. Tunggu punya tunggu, xde.Aini dah cakap, kalau pukul 10:45 mlm dorang start lagi, kita gerak tempat shisha plak. Elok je 10:45, dorang start. Aku dah seronok dah, Aini nak gerak. Tapi xjadi. Layan kejap lagu. Tapi slow. Lagi la mengantok. Aku dah tersengguk2 dah. Aku rasa, Aini kesian tengok aku kot dia ajak lepak kat tempat shisha. Situ Ada tikar, boleh baring. Sambil melayan shisha, di tepi pantai.woot2.. Aku memang dah tersengguk2, tempat tu plak, penuh! Damn! Aini suruh aku pergi beli tikar. Sebab aku mengantuk, aku pun turutkan je. At least bila berjalan, segar la sikit kan? Tikar kecik je, cost RM10. Dah beli tikar, aku hamper terus baring. Hahaha. Ngantok giler kot. Tapi yang xbestnya, bila da baring ni la xdpt tido. Terkebil2 aku kira bintang. Bila kira2 tu, aku dapat rasa angin sejuk semacam. Aini confident je ckp tak hujan. Semalam angin mcm ni jugak. Tapi x hujan. Aku berkeras ajak Aini balik. Dia pun mcm keberatan je, mcm " menagada2 arr Ben ni". Tapi aku berkeras gak. Aku yakin, sekejap lagi mesti hujan lebat giler.Sampai je bilik, aku xde gar apa dah. Hanya bunyi air kena atap bilik aku, kilat sabung-menyabung and guruh berdentum-dentum. Aku dah cakap, mesti lebat giler hujan. Siap call lagi cakap, " In your face!" hahahaha... Aku ni boleh jadi pakar ramalan cuaca la.hehehe..... So,..itu saje untuk hari ni. Aku nak Tido dulu semua. Esok lagi mencabar dan lebih menyeronokkan. Ye lah, nak snorkelling katakan.heheheh... Peace! One love!



4 comments:

Amira said...

Salam, nak tanya sket, brapa lama perjalanan dari KB ke Kuala Besut? Kiranya,bila dah sampai KUala Besut leh teruih pi ke Pulau tu ka, atau kena jalan sikit.

D'Rock yang tempat saudara tinggai tu, ada bilik yang macam 2 in 1 tak? contohnya 2 bilik dalam satu rumah/bilik?

ThankQ na

PerhentianRaisya said...

Memang cantik Pulau Perhentian ni.. Sapa yang dapat pergi memang beruntung.. Bagi yang belum pergi jom usha2 maklumat mengenai pulau perhentian dalam PerhentianRaisya.Com boleh call terus atau tinggal jer sms atau email. Kami sedia membantu anda mencari penginapan dan pakej yang bersesuaian tak kira lah anda seorang, berpasangan, family atau satu group yang besar... Macam2 bh buat kat sana, family day at Pulau Perhentian, Seminar @ Kursus di Pulau Perhentian juga..

Suhana Saharudin said...

bro..ada contact rock garden?

ayat_ayat_cinta said...

kalau dari hentian bas kota bahru, nak ke jeti kuala besut ada bas tak?